al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian

Hujah : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

 
 

Hujah Ketujuh:

Kitab al-Qur’anul Karim adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah Subhanahu waTa’ala manakala hadis-hadis tidak. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr 15:09]

Jawapan:

Ketahuilah bahawa apabila Allah Azza waJalla menjamin keterpeliharaan al-Qur’anul Karim, ia tidak bermaksud sekadar memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Qur’an, termasuk memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh sunnah dan hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Tiada gunanya memelihara huruf-huruf al-Qur’an sahaja sedangkan ajaran dan maksudnya dibiarkan sahaja menjadi mainan yang ditolak dan ditarik sesuka hati oleh umat. Justeru perlu difahami bahawa apabila Allah berjanji memelihara al-Qur’anul Karim, ia adalah pemeliharaan dari dua sudut, yang pertama sudut material yakni sebutan, lafaz dan susunan ayat-ayat al-Qur’an manakala yang kedua adalah dari sudut bukan material, yakni maksud ayat, pengajaran dan kaedah pengamalan ayat.[1] Hadis dan sunnah Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah Azza waJalla dengan wujudnya para ahli hadis di setiap generasi yang sentiasa menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan yang palsu.

Hujah 8:  Al-Qur’an adalah wahyu manakala hadis tidak. 



[1]               Yusuf Qardhawi - Penghantar Kajian Islam, ms 382-383.

 

 

   

 

 
 

al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian