Hujah
Keempatbelas:
Sahih atau tidak sesuatu hadis bergantung kepada jujur atau tidak
para perawinya. Ini sudah tentu satu kaedah yang amat longgar kerana
kejujuran seseorang hanyalah didasarkan kepada penilaian orang lain
dan ini sudah tentu relatif kepada banyak faktor dan keadaan.
Jawapan:
Menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya
memiliki dasar dalam al-Qur'an itu sendiri. Perhatikan bahawa
apabila al-Qur�an menetapkan hukuman bagi jenayah zina, ia
mensyaratkan persaksian 4 orang saksi, dan para saksi ini hendaklah
dari kalangan orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar,
adil, beramanah dan bertaqwa. Sifat-sifat yang mengikitiraf
seseorang saksi tersebut ditentukan pula berdasarkan pengamatan
orang-orang di sekitarnya yang juga perlu terdiri dari orang-orang
yang memiliki sifat tersebut. Maka jika kaedah menentukan sifat
seseorang saksi sebegini diiktiraf oleh al-Qur'an untuk menjatuhkan
hukuman jenayah 'sehingga ke tahap hukuman bunuh' sudah tentulah
pula hadis yang dibawa oleh orang-orang yang beriman, baligh,
berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa dapat diterima
sebagai sesuatu yang benar-benar berasal dari mulut Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam.
Ringkasan
dari keterangan Muhammad bin Idris as-Shafi�i dalam al-Umm,
jld 7, ms 82-83. Lihat juga Mustafa as-Siba'i-al-Hadits
sebagai Sumber Hukum: Kedudukan as-Sunnah dalam Pembinaan Hukum
Islam, ms 214.