|
Kata
Penutup
Islam adalah agama yang amat mementingkan persatuan sebagaimana
firman Allah Subhanahu
wa Ta‘ala:
Sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang bersatu (asas pokoknya) dan Aku-lah
Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Daku. [al-Anbiya’
21:92]
Sejak dari dulu persatuan umat merupakan antara asas terpenting
syari‘at Allah sebagaimana firman-Nya:
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang
Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya
kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah
Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi
Musa serta Nabi Isa, iaitu:
“Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah.” [al-Syura 42:13]
Oleh
itu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada kita umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam:
Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai;
dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika
kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga
kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah
kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam
yang bersaudara.
Dan
kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu
Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan
nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu
mendapat petunjuk hidayah-Nya.
Dan
hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang
menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik serta melarang daripada
segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai
dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah
datang kepada mereka keterangan-keterangan yang
jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah),
Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh
azab seksa yang besar.
[‘Ali
Imran 3:102-105]
Para imam mazhab fiqh Islam yang empat
tidak sekali-kali mempunyai tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam.
Mereka hanya berusaha untuk menyampaikan ajaran agama bagi memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Akan tetapi atas pelbagai faktor, mazhab
telah menjadi alat yang membahagikan umat kepada
beberapa puak dengan tiap-tiap
puak bergembira dengan apa yang ada padanya.
Bergembira dalam erti kata mengunggulkan mazhab sendiri dan
merendahkan mazhab yang lain. Termasuk dalam tindakan
pengunggulan ini ialah melarang umat Islam mengkaji
mazhab lain, melarang solat di belakang imam atau
bersama jamaah mazhab lain dan berpindah-pindah
mazhab. Semua ini adalah tindakan yang menyerupai
perbuatan kaum bukan Islam dan Allah Azza wa Jalla melarang kita daripada mengikuti mereka:
Dan janganlah
kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama
mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap
puak bergembira dengan apa yang ada padanya. [al-Rum 30: 31-32].
Dewasa ini kita dapat perhatikan agama Kristian yang sejak
berabad lamanya terbahagi kepada beberapa mazhab
seperti Roman Katolik, Protestan, Anglikan dan
Ortodoks mula berusaha ke arah kesatuan dengan
menutup apa-apa perbezaan di antara mereka. Pelbagai
seminar, perhimpunan dan persidangan dianjurkan
bagi mencari kesatuan yang lebih utuh di kalangan
mereka dan ini kemudiannya diterjemahkan kepada
perbuatan praktikal sama ada dari sudut keagamaan
atau keduniaan. Lebih kehadapan ialah tercatitnya
lembaran baru antara penganut agama Kristian dan
Yahudi yang selama ini terkenal bermusuhan, kini
muncul bersatu dalam pelbagai urusan duniawi.
Di sebalik itu kita lihat umat Islam masih berkeras dengan
pembahagian mazhab fiqh masing-masing. Sudah tiba
masanya kita umat Islam sedar akan hakikat ini
dan mula berfikir dalam skop yang luas. Sudah
tiba masanya kita melihat Islam ini sebagai agama
yang global dan umatnya sebagai umat yang satu
tidak kira di penjuru benua mana kita berada.
Islam bukanlah agama persendirian mengikut mazhab
dan kita bukanlah berseorang dalam menganutinya.
Islam adalah agama berjamaah dan kita adalah ahli
dalam jamaah tersebut. Masa depan Islam terletak
di tangan keseluruhan jamaah dan tiadalah sesuatu
jamaah dapat bergerak melainkan setiap ahlinya
bekerja dan bergerak dalam arah dan tujuan yang
sama.
Kehadiran mazhab-mazhab fiqh Islam sejak dari dahulu, kini
dan akan datang hanyalah sebagai medium yang memudahkan
kita menjadi seorang mukmin yang taat kepada Allah
dan Rasul-Nya. Jadikan mazhab itu sebagai alat
yang menyampaikan kita ke tujuan mulia ini, bukan
yang menghalang kepada sesuatu yang sebaliknya.
Lain-Lain
Buku oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Zikir-Zikir
Selepas Solat Fardhu
(Sebagaimana yang Diajar dan
Dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.)
Jahabersa
1999 & 2002
Menangani
Persoalan Doa Qunut:
Dibaca atau Tidak ?
Jahabersa
1999 & 2002
Marilah
Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah (s.a.w.)
(Suatu Jemputan Ke Arah Berselawat Dengan Sebenar-benar
Selawat dan Huraian Tentang Beberapa Salah Faham
Dalam Bab Berselawat)
Jahabersa
1999 & 2002
Marilah
Mendirikan Sembahyang
Jahabersa
2000
Pedoman-Pedoman
Bermazhab Dalam Islam (Edisi Pertama)
Jahabersa
2000
Panduan
Ibadah Dalam Musafir Penerbangan
Jahabersa
2000
Solat
Tarawikh:
Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa Yang Menetapkannya
kepada 20 Rakaat.
Jahabersa
2000
20
Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya
Jahabersa
2002
Kaedah
Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah.
Jahabersa
2002
Kaedah
Memahami Hadis-Hadis Musykil
Jahabersa
2003
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah:
73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian
Zamihan Mat Zin al-Ghari
Jahabersa
2003
Apakah
Jihad Di Jalan Allah ?
Buku
1:
Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad
Jahabersa
2003
Apakah
Jihad Di Jalan Allah ?
Buku
2:
Hukum dan Syarat-Syaratnya
Jahabersa
2004
Koleksi
Soal Jawab Agama dan Artikel
www.al-firdaus.com
^Kembali
Ke Atas
|