|
Kata
Pengantar
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami
memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya,
dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan
diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah
kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan
oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami
bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang
Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi
bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Pengenalan
ringkas.
Semua umat Islam bermazhab akan tetapi
hanya sebilangan kecil daripada mereka yang tahu
cara dan syarat bermazhab. Insya-Allah buku ini
akan membahas cara-cara bermazhab, bermula dari
sejarah kelahiran mazhab sehinggalah ke peranan
mazhab kepada umat Islam pada zaman kematangan
ilmu masa kini.
Buku ini sebenarnya merupakan edisi
baru yang dikemas kini daripada edisi lama yang
telah ada di pasaran sejak tahun 2000M.
Kepentingan
Subjek “Pedoman-pedoman
Bermazhab”.
Menyebut berkenaan mazhab, umumnya
umat Islam terbahagi kepada 3
kelompok:
1.
Mereka yang berkata semua umat Islam wajib
bermazhab dan setiap individu Muslim wajib berpegang
kepada satu mazhab sahaja.
2.
Mereka yang berkata semua umat Islam haram
bermazhab. Setiap individu Muslim wajib berpegang
kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja.
3.
Mereka yang berkata hukum bermazhab bergantung
kepada kemampuan ilmu seseorang. Jika dia mampu
merujuk secara terus kepada sumber al-Qur’an dan
al-Sunnah maka dia tidak wajib bermazhab. Sebaliknya
jika tidak mampu maka dia wajib bermazhab kerana
peranan mazhab ialah memudahkan rujukan orang
awam kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kewujudan 3 kelompok ini menjadi
faktor utama penulis mengusahakan buku ini. Yang
benar ialah pendapat yang ketiga dan insya-Allah
buku ini akan membahas dan meluaskan lagi pendapat
tersebut. Pada waktu yang sama akan dijelaskan
di mana salah silapnya pendapat yang pertama dan
kedua.
Selain itu antara sebab penulis memberi
perhatian kepada subjek mazhab ialah kerana sebahagian
besar umat Islam tidak tahu apakah faktor yang
menyebabkan wujudnya 4 mazhab fiqh Islam dan bagaimana
seharusnya mereka berinteraksi dengannya. Hal
ini mengarah kepada beberapa persoalan lain seperti:
1.
Jika sumber rujukan adalah satu, iaitu al-Qur’an
dan al-Sunnah, maka kenapakah ada 4 mazhab ?
2.
Mazhab manakah yang paling benar ?
3.
Apakah yang harus dilakukan apabila hidup
dan beribadah bersama umat Islam yang berlainan
mazhab ?
4.
Bolehkan seseorang itu berpindah-pindah
mazhab ?
5.
Bolehkan seseorang itu dalam sebahagian
perkara mengikut mazhab A manakala dalam sebahagian
perkara lain mengikut mazhab ?
Insya-Allah persoalan-persoalan ini
dan banyak lagi yang seumpama akan dijawab di
dalam buku ini.
Yang
baru di dalam “Edisi
Baru” ini.
Sepertimana yang disebut di atas,
buku ini sebenarnya merupakan edisi baru yang
dikemas kini daripada edisi lama yang telah ada
di pasaran sejak tahun 2000M. Kemas kini yang
dimaksudkan adalah:
1.
Dimasukkan teks Arab
bagi ayat al-Qur’an dan Hadis. Ayat al-Qur’an
resam Uthmani disalin terus (copy
& paste)
dari edisi cdrom al-Mushaf
v1.0
keluaran Harf
Information Technologies,
Kaherah (www.harf.com).
2.
Dijelaskan darjat kekuatan hadis (sahih,
hasan, dha‘if)
serta sumber periwayatannya bagi
hadis-hadis yang dikemukakan. Hadis-hadis daripada
kitab Shahih
al-Bukhari
dan Shahih
Muslim
adalah sahih dengan sendirinya manakala hadis-hadis
daripada kitab yang lain dirujuk darjat kekuatannya
kepada penilaian para ahli hadis yang diiktiraf.
3.
Beberapa penjelasan yang dirasakan tidak perlu dikeluarkan
agar perbincangan bersifat lebih fokus dan memudahkan.
4.
Pada waktu yang sama beberapa penambahan
dilakukan sama ada dalam bentuk dalil atau penjelasan
bertujuan menambah kekuatan hujah.
5.
Kaedah penyampaian diperbaiki supaya lebih
memudahkan pembacaan, kajian dan pemahaman.
Harapan
dan Penghargaan.
Dipanjatkan
doa kepada Allah Subhanahu
wa Ta‘ala agar buku
ini
dapat membawa manfaat yang besar
kepada
para pembaca. Dialu-alukan juga maklum balas yang sewajarnya daripada para pembaca yang budiman
terhadap sebarang perbezaan pendapat, kesilapan
atau ketidak-tepatan di
dalam
buku ini.
Pada
waktu
yang sama diucapkan ribuan terima kasih kepada
para pembaca edisi sebelum ini yang telah memberi
pelbagai
maklumbalas
yang membina. Terima kasih juga diucapkan kepada
isteri, Maryati Mat Nasir dan rakan-rakan yang
telah menyemak dan memberi kata dua kepada edisi
baru ini, khasnya Mohd. Fikri Alamghiri, Mohd.
Khairul Muhamed dan Mohd. Yaakub
Mohd. Yunus.
Semoga Allah membalas dengan apa yang lebih baik di dunia
dan akhirat, amin.
Sekian, Assalamualaikum
waRahmatullah waBarakatuh.
Hafiz Firdaus
Abdullah
Ogos - November 2003
hafizfirdaus@yahoo.com
www.al-firdaus.com
^Kembali
Ke Atas
1.
Sejarah Kemunculan Mazhab
|