al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian

Percanggahan : 1 2 3 4 5 6 7

 
 

Percanggahan Kelima:

Dalam hadis-hadis juga terdapat larangan memakai rambut palsu, bertatoo, menyusun semula gigi dan sebagainya. Khusus bagi kaum lelaki pula, mereka dilarang memakai kain sutera dan berhias dengan emas. Larangan-larangan ini tidak terdapat di dalam al-Qur’an. Malah ia bercanggah dengan ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Al-A’raaf 7:32]

Penjelasan:

Jika diperhatikan benar-benar ayat di atas, akan didapati pertanyaan tersebut ditujukan kepada sesiapa yang berani mengharamkan perhiasan yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala. Jika yang menghalal dan mengharamkan itu adalah manusia biasa maka jelas itu adalah satu kesalahan dan inilah yang sebenarnya dibicarakan oleh ayat 32 surah al-A’raaf di atas. Akan tetapi jika yang menghalal atau mengharamkan itu adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam maka jelas itu adalah kebenaran kerana apa yang dihalal atau diharamkan oleh Rasulullah semuanya berpangkal kepada kuasa dan authority yang diberi oleh Allah Azza waJalla kepada baginda.[1]

 

Percanggahan 6: Siapakah yang memberi syafaat di Hari Akhirat ?

 



[1]               Lebih lanjut lihat M. Quraish Shihab – Fatwa-fatwa Seputar Masalah Ibadah dan Muamalah, ms 64-72.

 

 

   

 

 
 

al-Firdaus :: kandungan :: rujukan & kajian