|
Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin[1] |
||
|
Mengapa timbul penentangan terhadap hijab?
|
Pengenalan
Episod serangan pemikiran Barat terhadap Islam dan umatnya bukanlah perkara baru. Ini melalui tulisan golongan orientalis mereka dan kempen media massa yang dikuasai Barat. Malangnya terdapat di kalangan umat secara sedar ataupun tidak, sedikit sebanyak termakan dengan serangan mereka. Benteng umat Islam dalam hal ini ialah pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jama`ah yang bersepakat tanpa khilaf bahawa untuk memahami Islam rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah. Pandangan setiap individu hendak dinilai dengan dua neraca ini.
Antara perkara yang cuba dipertikaikan oleh Barat ialah persoalan aurat wanita di dalam Islam. Mereka menganggap kadar aurat yang dinyatakan oleh nas-nas Islam telah mengongkong kebebasan wanita. Cara yang terbaik bagi mereka ialah wanita diberi kebebasan dalam menampilkan tubuh mereka yang merupakan aset besar bagi diri wanita itu sendiri. Maka kita lihat bagaimana wanita-wanita Barat mendedahkan tubuh mereka dan menggayakan tingkah laku seks mereka. Ini bagi mereka lambang ketamadunan dan kebebasan.
Ada segelintir di kalangan umat yang terpengaruh dengan dakyah ini. Antaranya mempertikaikan batas-batas aurat wanita dalam Islam. Sebagai langkah awal maka muncullah pandangan yang menganggap rambut wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal. Pandangan ini sebenarnya tidak lebih hanya petikan pandangan dua orang tokoh Mesir yang mendewakan kehidupan Barat iaitu Al-`Ashmawi dan `Abd al-`Azim Ramadhan. Keduanya menganggap kepala wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal. Sebenarnya pandangan mereka itu telah dijawab oleh Mufti Mesir Muhammad `Ali at-Tantawi dan tokoh mufassir Mesir, as-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi r.h. Sesiapa yang inginkan pendetilannya boleh rujuk buku “al-Gharah `ala al-Hijab”. Buku tersebut menyebut hujah-hujah kedua lelaki berkenaan serta jawapan at-Tantawi dan al-Mutawaali asy-Sya’rawi terhadap mereka.
[1] Artikel ini adalah ihsan daripada Majalah i edisi Mac 2004. (www.karangkraf.com.my). Ustaz Dr. Mohd. Asri kini adalah pensyarah di USM, Penang dan merupakan orang yang banyak membantu saya (Hafiz Firdaus) dalam mengkaji dan menulis ilmu-ilmu agama. Semoga Allah memelihara beliau dan mempermudahkannya untuk terus mendalami ilmu dan menyampaikannya kepada umat Islam seluruhnya.
|
|
|
HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1 Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah |
||