13. Jodol: Risalah Bid'ah
Pengarang: Ust alMuhaddith Abd Hakim bin Amir Abdat (Abu Unaisah)
Edisi 2, Pustaka Abdullah Jakarta. April 2004
RM 49.80 (Kulit keras) ms: 355 halaman
Sinopsis:
Buku ini adalah Siri Pertama dalam siri karya Syaikh Abdul Hakim, seorang ahli hadis Indonesia yg terkenal membawa manhaj salaf atau ahli Hadis dan athar. Ia menyenaraikan 563 Bid'ah-bid'ah dari Aqeedah hingga ke pertubuhan Politik, Hizbiyah dan aliran2 yg
membawa bid'ah. tapi syarahnya agak ringkas dan ada bid'ah itu yg tidak disyarahnya. Dalam 563 senarai bid'ah itu ada beberapa pembid'ahannya yg masih boleh dipertikaikan terutama dalam bab aliran dan firqah atau hizbiyah.
14. Hak-hak perempuan : relasi jender menurut Tafsir alSya'rawi
Pengarang: Dr Hj Istibsyaroh SH MA
Edisi 1, Sept 2004
Penerbit: Penerbit Teraju, Jakarta Selatan
RM 27.80, tebal: 226 halaman
Sinopsis:
Dr Istibsyaroh menghimpunkan fatwa, pendapat dan buah fikiran Prof alSya'rawi (wafat 1998) dari Tafsirnya ; Tafsir alSya'rawi yg disiapkan dalam tempoh 25 tahun. Tafsir ini adalah tafsir ilmiah spt juga tafsir alManar dan tafsir alMaraghi.
Apa yg dhimpunkan oleh pengarang ialah mengenai wanita secara keluruhannya meliputi gender, feminisme, hak2 wanita, perkahwinan dan hak dan peranan wanita dalam politik.
15. Jodol: Allah Sang Wujud: Hakikat atas Entitas Ciptaan-Nya
Pengarang: Dr Yusof alQardhawi
Penterjemah: Salleh Mahfoud
Penerbit: Risalah Gusti
Cetakan 1, Sept 2004
RM 13.80. Tebal: 184
Jodol Arabic: WujuduLlah
Penerbit asal: Maktabah Wahbah, Cairo
Sinopsis:
Buku nipis ini adalah bahan untuk sukatan program diploma dan perguruan agama di Univ Emirates dan Qatar dalam matapelajaran Aqidah atau tawhid. Maka buku ini mengupas inti Tawhid iaitu WujuduLlah atau Hakikat Wujud Allah. Maka Dr Qardhawi membahas
menggunakan dalil Naqli dan akli yg diambil dari penemuan2 sains modern muttakhir untuk mengukuhkan hakikah keujudan Allah SWT.