4. Jilbab: Pakaian Wanita Muslimah (Pandangan Ulama masa lalu dan Cendekiawan Kontemporer
Pengarang: Prof Dr M Quraish Shihab, Rektor, IAIN Hidayatullah, Jakarta, juga Penulis tamu di Harian Umum Republika
Penerbit: Lentera Hati, Ciputat
Edisi pertama Julai 2004
RM 29.80, Ms: 176
Sinopsis: Saya kira ini adalah buku yg paling lengkap dan komprehensif mengenai tajuk jilbab. Ia menghimpunkan semua pendapat baik yg ketat, sederhana dan longgar dari zaman klasik, kejatuhan Islam dan masa sekarang, termasuk tokoh yg liberal dan kontroversi spt Qasim Amin. Saya rasa dengan memiliki kitab ini, anda tidak goyah lagi menghadapi segala polemik mengenai jilbab.
Komen: harganya agak mahal utk umum
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5. Kumpulan Tanya jawab Quraish Shihab: Mistik, Seks dan Ibadah
Pengarang: Prof Dr M Quraish Shihab, harian Republika
Penerbit: Republika, Jakarta
Edisi pertama Sept 2004
RM 19.80, Ms: 186
Sinopsis: Ini merupakan siri Pertama soal-jawab Dr Quraish di terbitkan oleh penerbit Republika. Sebelum ini siri soal-jawab DR Shihab diterbitkan oleh PT Mizan sebanyak 5 jilid. Jika dicampur kesemuanya, ini adalah Jilid ke 6 siri soaljawab beliau yg dibukukan hasil kompilasi soaljawab di harian Umum Republika (akhbar).
Kompilasi soaljawab dalam siri terbaru ini amat menarik sekali kerana memuatkan isu2 yg panas dan latest termasuk Oral seks, panggilan Habib (tariqat di Singapore dan Indonesia), pasaran
saham, isu murtad, Yasin sebagai jantung Qur:an...dsbnya.
~~~~~~~~~~~~~~
6. Mengenal sisi Hitam & Putih Hati Manusia
Pengarang: Imam alHakim Abu 'Isa atTermidzi (w. 320H)
Muhaqqeeq (peneliti): Prof Dr Ahmad asSaayih & Prof Dr Ahmad Awadh
Penerbit: PT Mustaqeem, Jakarta selatan
Edisi pertama: Augustus 2004
Judul arabic: Ghaurul Umuur
Sinopsis:Kitab ini amat susah diperolehi kerana ujud dalam bentuk manuskrip dan telah ditahqeeq oleh dua orang professor Mesir. Buku ini adalah buku alHakim atTermidzi yg membicarakan ulum tasawwuf dari kacamata seorang ahli hadis yg terkenal. Dalam kitab ini alHakim atTermidzi membicarakan segala yg anda ingin tahu mengenai hati, sifat nafs, sifat Iblis dan ciri2 manusia.
RM : 19.80 ms: 192
Makallah
Koleksi Terbaru Pustaka Indonesia - List Panjang
- Details
- Written by Pengendali Laman
- Category: Buku baru
- Hits: 21550
Article Index
Page 2 of 10