Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 
 
 
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

 

          Pada asalnya hanya Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang mengetahui akan perkara ghaib. Ini sebagaimana firman-Nya:

 

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). [al-Naml 27:65]

 

          Namun demikian menurut pandangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga berkuasa untuk memberitahu Rasul-Nya beberapa perkara ghaib. Ini berdasarkan firman-Nya:

 

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun - Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72:26-27]

 

Atas dasar itulah kita yang bermazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah membahagi perkara ghaib kepada dua jenis, iaitu: 

 

  1.  Ghaib Hakiki, iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah. Tidak seorangpun dari kalangan makhluk-Nya yang mengetahui jenis ghaib ini walaupun Malaikat ataupun para Rasul. Contohnya: Bilakah kiamat akan terjadi.

  2. Ghaib Idhafi, iaitu beberapa perkara ghaib yang dapat diketahui oleh para Rasul kerana mereka diberitahu oleh Allah melalui wahyu. Contohnya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dapat menyatakan beberapa tanda-tanda kiamat yang bakal terjadi seperti matahari akan terbit dari sebelah barat, pengembala miskin akan memiliki bangunan tinggi dan lain-lain.

 

Kewujudan ghaib idhafi diperkuatkan lagi oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat-ayat berikut:

 

Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. [al-Takwir 81:24]

 

          Oleh itu adalah keliru jika ada orang yang mendakwa kononnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak ada authority untuk menyatakan perkara-perkara ghaib. Ini kerana baginda shallallahu 'alaihi wasallam mempunyai keistimewaan yang tidak dimilki oleh manusia biasa walaupun bergelar bomoh atau dukun. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam mendapat wahyu dan ucapan baginda adalah juga berdasarkan wahyu, bukan berdasarkan hawa nafsu. Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjelaskan di dalam Al-Quran:

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku bahawa …” [al-Kahf 18:110]

 

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [al-Najm 53:3-4]

 

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah