Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 

 

 

Al-Qur’an dan al-Hadis

 

          Sungguh banyak ayat Al-Quran yang menyuruh kita orang-orang yang beriman agar mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Malahan jika terjadi percanggahan pendapat di antara sesama kita tentang sesuatu perkara kita disuruh agar mengembalikan perkara tersebut kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Ini berdasarkan firman Allah:

 

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

 

          Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan hanya bertugas sebagai “posmen” atau penyampai risalah Allah kepada umatnya sebagaimana dakwaan golongan anti hadis, tetapi baginda juga pada masa yang sama bertugas sebagai penjelas terhadap keumuman atau apa yang tersirat di dalam Al-Quran. Tugas ini diperjelaskan sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam firman-Nya :

 

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. [al-Nahl 16:44]

 

          Atas sebab itu walaupun Al-Quran tidak memperincikan secara jelas tentang azab dan nikmat kubur, penjelasan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentangnya secara terperinci wajib kita imani dan pegangi. Apalagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab dan nikmat kubur sebagaimana yang dipaparkan di atas adalah hadis-hadis yang sahih belaka.

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah