|
MARI BERKENALAN DENGAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
hafiz firdaus abdullah
|
||
|
Berkenalan Dengan Ciri - Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Dalam:
Mengambil Sumber Agama
Pengenalan:
Ciri-ciri dalam mengambil sumber agama juga disebut sebagai Manhaj Talaqqi. Ia membentuk asas yang amat penting dalam perbincangan berkenaan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Banyak individu mahupun kumpulan sejak dari zaman awal Islam sehinggalah ke masa-masa yang akan datang, tersasar dari jalan yang lurus kerana tidak memiliki ciri-ciri yang benar dalam mengambil sumber agama. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang baru, ia lazim disebut-sebut oleh kita sebagai “Berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah”. Namun bagaimana ciri-ciri kita berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, itulah yang menjadi tumpuan dalam bab yang pertama ini.
|
||