HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

Soalan 45: Apakah Hukum Meminta Pertolongan Kepada Selain Allah?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 08 August 2020
Hits: 3917

Soalan: Apakah Hukum Meminta Pertolongan Kepada Selain Allah?

Jawapan:

Meminta pertolongan kepada selain Allah terbahagi kepada dua jenis. Pertama, meminta pertolongan dalam perkara yang merupakan hak Allah semata-mata. Maka dalam jenis pertama ini, meminta pertolongan kepada selain Allah adalah syirik besar. Contoh perkara yang merupakan hak Allah semata-mata adalah seperti meminta diampunkan dosa, dilapangkan rezeki, diberi hidayah dan dikeluarkan daripada sesuatu kesulitan hidup.

Sesiapa yang berdoa, menyeru dan mengadu kepada makhluk dalam perkara-perkara yang merupakan hak Allah semata-mata, dia melakukan syirik besar kepada Allah. Contohnya, orang yang berdoa kepada sekian-sekian manusia yang dianggapnya wali atau orang yang menangis, mengadu dan merayu meminta pertolongan di sisi kubur si fulan yang dianggapnya memiliki keramat.

Read more ...

Soalan 44: Apakah Kaitan Antara Doa Dan Usaha?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 05 August 2020
Hits: 1826

Soalan: Apakah Kaitan Antara Doa Dan Usaha?

Jawapan:

Doa dan usaha berlaku secara bergandingan dan selari. Ia tidak boleh diasingkan, bermaksud tidak boleh berdoa sahaja tanpa usaha dan tidak boleh berusaha sahaja tanpa doa. Bahkan hendaklah terus berusaha meskipun sudah terdapat tanda-tanda bahawa apa yang didoakan sudah hampir dimakbulkan.

Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tatkala menghadapi Perang Badar. Meskipun Allah sudah mengkhabarkan bahawa Dia akan menurunkan tentera malaikat bagi membantu pasukan umat Islam, baginda bersama pasukannya tetap mara ke medan perang dan bersungguh-sungguh melawan musuh.

Read more ...

Soalan 43: Patutkah Saya Takut Kepada Doa Orang Yang Dizalimi?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 01 August 2020
Hits: 2367

Soalan: Patutkah Saya Takut Kepada Doa Orang Yang Dizalimi?

Jawapan:

Pada asalnya, semua Muslim patut takut dan menjauhi perbuatan menzalimi orang lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman,

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا.

Wahai hamba-Ku, Sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah berbuat zalim.[1]

Bahkan hendaklah takut daripada mencenderungi, yakni menyokong atau reda[2] dengan tindakan zalim orang lain. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. [Hud 11:113]

Read more ...

Soalan 42: Apakah Keutamaan Doa Ketika Musafir?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 29 July 2020
Hits: 1574

Soalan: Apakah Keutamaan Doa Ketika Musafir?

Jawapan:

Antara ruang yang Allah Subhanahu wa Ta'ala buka bagi memakbulkan doa para hamba-Nya adalah ketika musafir. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan keutamaan ini,

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ.

Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa orang yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas anaknya.[1]

Orang yang musafir dapat memanfaatkan keutamaan ini dalam dua keadaan. Pertama, ketika semuanya berjalan tenang dan seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi musafir yang melibatkan perjalanan yang panjang di dalam kapal terbang, keretapi dan bas. Maka manfaatkan masa yang ada dalam suasana musafir itu bagi memperbanyakkan doa kepada Allah. Jika tidak ada doa khusus yang ingin diminta, maka berdoalah dengan doa-doa umum seperti mana yang disyorkan dalam soalan Apakah doa yang sesuai dibaca ketika senang?

Kedua, ketika timbul kesukaran-kesukaran yang tidak disangka dan perjalanan menjadi tidak seperti yang dirancang. Pada saat-saat mencabar ini, usah merungut, marah atau mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Sebaliknya berdoalah kepada Allah agar kesukaran menjadi kesenangan dan perjalanan kembali menjadi seperti yang dirancang.

 

Notakaki: 

[1]  Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.

  1. Soalan 41: Apakah Keutamaan Doa Ketika Hujan?
  2. Soalan 40: Apakah Keutamaan Doa Ketika Bersedekah?
  3. Soalan 39: Bolehkah Mengirim Doa Kepada Orang Yang Melaksanakan Haji dan Umrah?
  4. Soalan 39: Apakah Keutamaan Doa Bagi Orang Yang Melaksanakan Haji Dan Umrah?
  5. Soalan 37: Apakah Keutamaan Berdoa Pada Hari Jumaat?

Page 3 of 67

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • ...
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11379831

Back to Top

© 2025 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan