HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

Soalan 23: Bagaimana Menyusun Lafaz Doa?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 23 May 2020
Hits: 2497

Soalan: Bagaimana Menyusun Lafaz Doa?

Jawapan:

Lafaz doa yang terbaik adalah apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan apa yang diajar serta dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam al-Qur’an terdapat banyak doa yang dibaca oleh para Rasul, Nabi dan orang-orang yang soleh sementara dalam hadis-hadis Rasulullah pula terdapat banyak doa yang merangkumi pelbagai suasana. Justeru sangat dianjurkan mempelajari doa-doa ini dan mengamalkannya apabila perlu.

Doa-doa dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah memiliki ciri-ciri al-Jawami’, iaitu lafaz yang ringkas dengan maksud yang luas. Ia juga bersifat sederhana, tidak melampaui batas, panjang berjela-jela atau bersajak. Ambil saja contoh doa meminta zuriat. Bagi pasangan suami dan isteri yang masih belum memiliki anak atau ingin menambah anak, tentu mereka telah berjumpa pelbagai bentuk doa dan petua bagi mendapatkan anak. Namun perhatikan bagaimana mudah dan ringkasnya doa Nabi Zakaria ‘alahis salam yang dirakam oleh al-Qur’an,

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ.

Wahai tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang bagus. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar doa. [Ali Imran 3:38]

Read more ...

Soalan 22: Bolehkah Berdoa Dalam Hati Sahaja?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 20 May 2020
Hits: 1215

Soalan: Bolehkah Berdoa Dalam Hati Sahaja?

Jawapan:

Dibolehkan berdoa dalam hati sahaja tanpa menyebutnya dengan mulut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ.

Aku berdasarkan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.[1]

            Hadis di atas berbicara tentang keutamaan berzikir kepada Allah dalam hati. Doa termasuk dalam kategori zikir, kerana dalam berdoa seseorang itu mengingati Allah, memulakan doa dengan memuji Allah, menyebut nama-nama Allah dan berharap kepada kemakbulan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, dibolehkan berdoa dalam hati sahaja.

 

Notakaki:

[1] Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6856/7405 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah, “Dan Allah peringatkan kamu terhadap diri-Nya”). Teks penuh hadis telah dikemukakan sebelum ini.

THI 2019: Alam berzikir kepada-Nya

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 18 May 2020
Hits: 978

Tazkirah hari ini, Allah s.w.t. berfirman,

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوٰتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيْهِنَّۗ وَاِنْ مِّنْ شَيْءٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهٖ وَلٰكِنْ لَّا تَفْقَهُوْنَ تَسْبِيْحَهُمْۗ اِنَّهٗ كَانَ حَلِيْمًا غَفُوْرًا

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.

Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.

Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun. (al-Isra' 17:44)

------

Dalam ayat ini Allah menceritakan bagaimana semua ciptaan-Nya di alam ini, baik yang bernyawa atau tidak, sentiasa berzikir kepada-Nya.

Masing-masing berzikir dengan cara mereka sendiri yang tidak dapat difahami oleh kita - manusia.

Antara sebab Allah menceritakan hakikat ini adalah sebagai motivasi kepada manusia untuk banyak berzikir kepada-Nya.

Ini kerana manusia adalah makhluk yang Allah muliakan dan berikan banyak keutamaan di alam ini, namun mungkin saja yang paling sedikit berzikir kepada-Nya.

Padahal dengan kemuliaan dan keutamaan tersebut, manusialah yang sepatutnya paling banyak berzikir kepada Allah, sebagai tanda kesyukuran.

Tentang kemuliaan dan keutamaan manusia, Allah berfirman,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنٰهُمْ مِّنَ الطَّيِّبٰتِ وَفَضَّلْنٰهُمْ عَلٰى كَثِيْرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلًا

Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami utamakan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan keutamaan yang banyak. (al-Isra' 17:70)

Apabila berzikir kepada Allah, hendaklah dengan kalimah zikir dan cara berzikir yang diajar oleh Allah dan Rasulullah.

Sesiapa yang berzikir dengan kalimah dan cara selain itu, dia sebenarnya berzikir kepada dirinya sendiri.

Bukan kepada Allah.

Soalan 21: Bolehkah Menangis Ketika Berdoa?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
Published: 16 May 2020
Hits: 1689

Soalan: Bolehkah Menangis Ketika Berdoa?

Jawapan:

Dibolehkan menangis ketika berdoa, asalkan tangisan itu adalah tulen dan bukan dibuat-buat. ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَلَا قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي إِبْرَاهِيمَ

((رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي))

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam membaca (dalam al-Qur’an) firman Allah ‘Azza wa Jalla tentang Nabi Ibrahim, “Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku.” [Ibrahim 14:36]

Read more ...

  1. Soalan 20: Apakah Dianjurkan Mengulang-Ulang Doa?
  2. THI 2019: Doa para sahabat ketika tahun baru.
  3. Soalan 19:  Apakah Hukum Menyapu Muka Dengan Kedua Tangan Selepas Berdoa?
  4. Soalan 18: Bolehkah Berdoa Tanpa Mengangkat Kedua tangan?
  5. THI 2019: Isu Dr Zakir Naik dan pendirian Islam

Page 10 of 67

  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11379831

Back to Top

© 2025 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan