Ralat bagi buku 90 Pelajaran Tentang Bid'aah, Bab = Soalan Lazim 4: Imam al-Syafi’e Membahagikan Bid’ah Kepada Hasanah (ms. 361 bagi edisi A4)
Bagi terjemahan kata-kata Imam asy-Syafi'e = Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, ijma’ atau atsar....
Telah berlaku kesilapan dalam tertib terjemahan, yakni pada susunan antara ijma' dan atsar. Maka yang betul = Pertama ialah perkara baharu yang menyelisihi al-Qur’an, sunnah, atsar atau ijma'....
Walau bagaimana pun kesilapan ini tidak melibatkan perubahan hukum mahupun maksud kerana jika dirujuk teks Arab, Imam asy-Syafi'e menggunakan Au = atau bagi setiapnya dan bukannya tsumma = kemudian. Maka tidak ada beza sama ada ijma' atau atsar berbanding atsar atau ijma'.
Terima kasih kepada Dr. Harris Ismail atas pembetulan ini.