Alhamdulillah suka cita dimaklumkan penerbitan buku terbaru saya berjudul Mencari Pahala Di Sebalik Perceraian.

Perkahwinan apabila dilaksanakan dengan baik oleh pasangan menurut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akan tetapi tahukah kita bahawa perceraian juga, apabila dilaksanakan dengan baik oleh pasangan menurut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, turut diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala?

Selari dengan keadaan perkembangan media massa dan untuk menggalakkan pembacaan, buku ini diterbitkan dalam edisi PDF sahaja dan adalah percuma. Ia tidak dicetak untuk jualan.

Layari ruangan E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah dari menu utama untuk mulakan pembacaan dan mendapat manfaat darinya.