Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 4 buku yang baru:
==================
17_fitnah-small.jpgJudul: Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Penulis: Syaikh Murad Syukri
Penterjemah: Badrul Hisham bin Sulaiman.
Pengulas: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM13.00, 189 mukasurat.

Sinopsis:
Terdapat banyak anggapan konon Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memiliki aqidah dan fiqh yang aneh, bahkan menyesatkan. Akan tetapi persoalannya, ada ia memang begitu atau semata-mata fitnah oleh orang-orang yang jahil dan dengki?

Buku ini menyenaraikan 17 fitnah yang paling masyhur dilontarkan terhadap beliau, diikuti dengan jawapan yang tuntas lagi padat bagi menjawab setiap satu daripada fitnah tersebut. Antara fitnah yang dimaksudkan ialah persoalan alam ini sediakala, tuhan memiliki batasan, tuhan berjisim, neraka akan binasa, tuhan duduk di atas belakang nyamuk, tiada kiasan (majaz) dalam bahasa arab, talak 3 hanya jatuh 1 dan larangan menziarahi kubur Nabi.
====================
penulisan_-_small.jpgJudul: Berdakwah Melalui Penulisan Efektif.
Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM8.00, 106 mukasurat.

Sinopsis:
Tahun 2008 merupakan genap 10 tahun saya menceburi bidang penulisan buku-buku agama. Sebagai tanda kesyukuran, saya ingin berkongsi dengan orang ramai tips dan cara saya menulis buku. Maka dengan itu terbitlah buku ini yang ditujukan kepada orang-orang yang sebenarnya mampu menulis tetapi belum mencuba, orang yang sudah mencuba tetapi belum berjaya dan orang yang sudah berjaya menulis tetapi belum menerbitkannya.

smaw_3_-_small.jpg====================
Judul: Membersihkan Salah Faham Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 3).
Penulis: Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd al-Lathif
Penterjemah: Mohammad Amin Yaacob.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM14.00, 173 mukasurat.

Sinopsis:
Buku ini merupakan siri ketiga dari lima siri dalam rangka membersihkan salah faham, tuduhan dan fitnah ke atas Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Buku tiga ini memberi fokus kepada fitnah kafir mengkafir, tuduhan khawarij dan tuduhan gerakan beliau menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah.

====================
ramadhan_-_small.jpg
Judul: Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.
Penulis: Hafiz Firdaus bin Abdullah.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM15.00, 259 mukasurat.

Sinopsis:

Buku ini merupakan edisi baru dari buku saya sebelum ini yang berjudul “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa”. Dalam edisi baru ini, terdapat beberapa bab baru yang semuanya mengupas isu-isu fiqh sepanjang bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan Syawal.

====================
Selamat mengkaji. Sila hubungi nombor penerbit di atas untuk mengetahui lokasi penjual buku.
Wassalamu’alaikum.