Soalan:
Saya gemar membaca al-Quran menerusi online. Persoalannya, bolehkah saya membaca al-Quran dengan cara demikian tanpa mengambil air wuduk terlebih dahulu?
Ezzatie, Shah Alam, Selangor.
Jawapan:
Dibolehkan membaca al-Qur’an dalam apajua bentuk, baik melalui mushaf, online, komputer, talifon pintar atau tablet tanpa wudhu. Boleh juga memegang al-Qur’an dalam apajua bentuk, tanpa wudhu. Tidak ada dalil sahih mewajibkan wudhu apabila memegang atau membaca al-Qur’an.