Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Kesimpulan penilaian ke atas Buku Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian

susunan Zamihan Mat Zin al-Ghari

 

Nasihat dan teguran kepada Zamihan Mat Zin.

 

Kepada saudara Zamihan Mat Zin sendiri, anda mempunyai dua pilihan:

 

Pertama:

Bertaubat kepada Allah dengan Sebenar-benar taubat.

 

Berpegang teguh kepada kata-kata anda sendiri di bahagian penutup Kata Pengantar (Salafiyah Wahabiyah ms. xii): “Yang mengharapkan keampunan Allah.” Semoga anda benar-benar bertaubat nasuha dengan memohan keampunan dan kemaafan daripada Allah Ta’ala atas segala jenayah dan fitnah yang telah anda lakukan ke atas agama-Nya, Rasul-Nya, para generasi al-Salaf, para tokoh dan ulama’ sepanjang sejarah dunia Islam.

 

Taubat anda hendaklah diikuti dengan:

  1. Memperbetulkan semula hujah-hujah yang asalnya anda kemukakan dalam buku Salafiyah Wahabiyah dan

  2. Menjelaskan semula pegangan sebenar dan menarik kembali hukum pengkafiran yang anda jatuhkan ke atas Ibn Taimiyyah sebagaimana dalam Salafiyah Wahabiyah, ms. 101-126. Anda tidak perlu bertaqiyyah (berpura-pura) kononnya anda hanya menganalisa pegangan Ibn Taimiyyah dan bukan mengkafirkannya. Para pembaca buku anda sebahagiannya memang jahil, khasnya mereka yang kini menobatkan anda sebagai seorang wira. Akan tetapi majoriti yang lain menyedari sikap taqiyyah yang anda gunakan. Pegangan sebenar Ibn Taimiyyah boleh dirujuk kepada kitab yang sama yang disenaraikan di bahagian notakaki buku anda ketika memfitnah Ibn Taimiyyah. Bezanya kali ini anda sendiri perlu mengkaji keseluruhan kitab-kitab tersebut dan tidak bertaklid buta kepada mana-mana ahli fitnah.

Kedua:

Berusaha menjawab semula buku ini.

 

Jika ini adalah pilihan anda maka ketahuilah bahawa apa-apa jawapan balas yang hendak anda kemukakan, insya-Allah kami akan siap sediakan jawapan semulanya . Ini adalah kerana semua buku-buku Hasan ‘Ali al-Saqqaf telah berada dalam tangan kami. Selain itu kami juga memiliki semua sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh al-Saqqaf manakala kami pasti anda tidak memilikinya, apatah lagi untuk mengkaji dan memahaminya. Tanpa memiliki rujukan yang digunakan oleh al-Saqqaf anda sendiri tidak dapat pastikan sama ada hujah al-Saqqaf tersebut adalah benar atau tidak. Di samping itu sebagai tambahan kami juga memiliki sumber-sumber rujukan oleh tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah masa kini yang telah menjawab dan membongkar semua kepalsuan hujah-hujah al-Saqqaf termasuklah gurunya al-Kauthari. Maka berfikirlah 3 kali wahai saudara Zamihan sebelum anda mengangkat pena atau menyentuh keyboard. Yang dimaksudkan sebagai “kami” ialah semua umat Islam yang mencintai dan menegakkan kebenaran demi kemuliaan agama Allah dan Rasul-Nya.

 

KESIMPULAN : KANDUNGAN