Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Kesimpulan penilaian ke atas Buku Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian

susunan Zamihan Mat Zin al-Ghari

 

Alhamdulillah telah dilengkapkan penilaian semula ke atas buku Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian susunan Zamihan Mat Zin al-Ghari yang ditumpukan terhadap asas-asas yang membentuk ‘aqidah dan pegangan generasi al-Salaf yang sebenar.

 

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa:

  1. Mazhab al-Salaf adalah sesuatu yang benar-benar wujud baik secara zamani mahupun manhaji.

  2. Mazhab al-Salaf beriman kepada sesuatu sifat Allah sebagaimana yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih dengan difahami maknanya manakala ilmu tentang bentuk, ciri-ciri dan tatacara sifat tersebut (kaifiat) diserahkan kepada Allah sambil menyucikan-Nya dari tasybih dan tajsim.

  3. Mazhab al-Salaf tidak mentakwilkan nas-nas al-Sifat, yakni mereka tidak mengalihkannya kepada erti yang lain.

  4. Mentakwilkan nas-nas al-Sifat tidak membebaskannya daripada kemungkinan terjadinya tasybih dan tajsim, malah ia adalah pencetus kepada pelbagai lagi kerosakan dan kemudaratan.

  5. Kesemua contoh takwilan yang dikemukakan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah hanyalah merupakan sesuatu yang (A) tidak melibatkan sifat-sifat Allah, atau (B) melibatkan penafsiran ke atas sesuatu istilah yang memiliki beberapa erti.

  6. Kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah adalah merupakan kitab tulin karangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari dan ia mewakili pegangan beliau yang muktamad.

  7. Manhaj Ibn Taimiyyah di dalam memahami nas-nas al-Sifat adalah manhaj yang berada di atasnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat, para tabi‘in sehinggalah ke para imam mazhab yang empat. Manhaj beliau adalah bebas daripada tasybih dan tajsim.

  8. Yang dimaksudkan dengan kaedah al-Tafwidh adalah menyerahkan kaifiat sesuatu nas al-Sifat kepada Allah Ta’ala. Ia bukan bermaksud menyerahkan segala-galanya atau menyerahkan makna dan kaifiat sesuatu nas al-Sifat kepada Allah.

  9. Allah Beristiwa’ Di Atas ‘Arasy-Nya Di langit. Akan tetapi sifat Beristiwa’ dan Di Atas tersebut hanyalah layak dengan sifat-sifat keagungan-Nya, tidaklah ia seumpama dengan sifat tempat bagi makhluk mahupun ia terpengaruh dengan tempat sebagaimana makhluk.

  10. Tidak wujud perselisihan di  kalangan generasi al-Salaf dalam urusan ‘aqidah. Yang wujud hanyalah perbezaan pendapat dalam lain-lain urusan yang merupakan kekayaan ilmu, pendapat dan ijtihad mereka.

KESIMPULAN : KANDUNGAN