Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab F: perselisihan al-Salaf membuktikan mereka bukannyabersepakat atas satu mazhab |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 72
Perselisihan Ketiga: Antara al-Takwil dan al-Tafwidh.
Berkata penyusun Salafiyah Wahabiyah di ms. 100:
Para al-Salaf al-Soleh juga turut berselisih pendapat dalam masalah al-Takwil dan al- Tafwid. Pengambilan kedua-dua kaedah ini berpunca daripada pemahaman mereka terhadap Surah al-Imran ayat 7, sebagaimana yang telah kami nyatakan sebelumnya. Secara ringkasnya, sesetengah mereka mentakwilkan sesetengah nas-nas yang mutasyabih. Manakala sesetengahnya pula menyerahkan maknanya beserta menyucikan Allah S.W.T. daripada kekurangan. Mereka tidak sesekali mempergunakan nas-nas tersebut secara zahir ayat.[1]
Penilaian semula: Perselisihan di atas telahpun dibahas dalam PENILAIAN SEMULA NO: 17. Ringkasnya sekalipun sesetengah para sahabat memilih untuk mentakwilkan nas-nas mutasyabih, mereka hanya menghadkannya kepada nas-nas yang tidak melibatkan sifat-sifat Allah. Kepada nas-nas al-Sifat, adalah menjadi manhaj dan pegangan (itiqad) seluruh para sahabat dan generasi al-Salaf untuk tidak mentakwilkannya. Perlu diingatkan semula bahawa nas-nas mutasyabih tidaklah terhad kepada nas-nas al-Sifat sahaja.
Oleh itu yang benar tidak ada perselisihan pendapat di kalangan al-Salaf al-Salih terhadap nas-nas al-Sifat. |
| BAB F : KANDUNGAN |