Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab F: perselisihan al-Salaf membuktikan mereka bukannya

bersepakat atas satu mazhab

 

Pengenalan.

 

Penyusun Salafiyah Wahabiyah seterusnya dari mukasurat 94 telah mengemukakan beberapa contoh perselisihan di kalangan generasi al-Salaf untuk dijadikan hujah bahawa tidak wujudnya satu Mazhab yang dinamakan Mazhab al-Salaf. Ini beliau lakukan selari dengan langkah gurunya Hasan al-Saqqaf dalam buku beliau Syarah al-‘Aqidah al-Thahawiyyah, ms. 216 dan seterusnya.

 

Akan tetapi jika dikaji secara mendalam contoh-contoh perselisihan yang dikemukakan, didapati ianya tidak sah untuk dijadikan hujah bahawa wujudnya perselisihan. Ini adalah kerana contoh-contoh yang dikemukakan itu sama ada (1) bukan melibatkan urusan ‘aqidah, atau (2) tidak memiliki sanad yang sahih kepada individu-individu yang didakwa berselisih.

 

Tanpa berlengah lagi marilah kita menilai semula contoh-contoh perselisihan yang dikemukakan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah.

  

BAB F : KANDUNGAN