Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab E: al-Tafwidh dan persoalan “Di manakah Allah ?”

PENILAIAN SEMULA NO: 65

 

Menterjemah Istiwa’ sebagai “Bersemayam”.

 

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 87:

 

Ramai dikalangan para penterjemah kita menterjemahkan perkataan Istiwa’ ini dengan makna bersemayam dan seumpamanya.  Ini adalah satu kesalahan yang besar dari sudut terjemahan dalam mempraktikkan konsep al- Tafwid.

Hal ini dianggap sebagai satu kesalahan kerana perkataan bersemayam di dalam bahasa melayu bermaksud duduk di atas singgahsana.  Perihal duduk di atas singgahsana tidak harus di kaitkan dengan hak Allah S.W.T. kerana ia membawa kepada penyerupaan dan tajsim yang jelas terhadap zat Allah SWT.

 

Penilaian semula:

Penulis bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah di atas. Tidak boleh diterjemahkan Istiwa’ dengan “bersemayam” melainkan disertakan penjelasan lanjut bahawa sifat bersemayam tersebut bukanlah seperti bersemayamnya makhluk yang difahami dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Sebaik-baiknya dinukil kata-kata Malik bin Anas dalam hal ini sepertimana yang telah dikemukakan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah di ms. 83.

 

BAB E : KANDUNGAN