Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 49
Syubhat dalam pegangan (i’tiqad) terakhir Imam al-Haramain.
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah, ms. 69-70:
Berdasarkan kepada apa yang telah dikemukakan oleh Imam al-Haramain ini, Imam al-Zahabi telah menyifatkan bahawa Imam al-Haramain telah kembali kepada “Aqidah al-Salaf”. laitu meninggalkan ilmu kalam (teologi) dan takwil. Buktinya, di dalam kitab “Sayr A‘lam al-Nubala” (ms. 474, jld. 18), beliau mengemukakan riwayat daripada Muhammad Ibn Tohir daripada Abu Hassan al-Qairuwaani yang menjelaskan perihal Imam al-Haramain. Sebenarnya ini adalah satu penganiayaan terhadap Imam al-Haramain. Imam al-Subki (murid kepada al-Zahabi) di dalam kitabnya “Tabaqat al-Syafi‘ieyah al-Kubra” (ms. 186, jld. 5) menyanggah apa yang dikemukakan oleh bekas gurunya ini. Beliau (Imam al-Subki) menegaskan dengan katanya “ini adalah hikayat yang dusta. Ibn Tahir dan al-Qairuwaani adalah perawi yang tidak dikenali (majhul). Lagipun khabar seperti ini tidak diriwayat oleh murid-murid Imam al-Haramain ....”[1]
Penilaian semula: Kenyataan di atas dinilai dalam dua bahagian:
Pertama: Pegangan (i’tiqad) terakhir Imam al-Haramain. Beralihnya Imam al-Haramain kepada ‘aqidah al-Salaf terbukti daripada tulisan beliau sendiri dalam ‘Aqidah al-Nazomiyah sepertimana yang telah dinukil dalam penilaian yang lepas. Perbandingan boleh dibuat dengan beberapa kitab yang beliau tulis sebelum ‘Aqidah al-Nazomiyah. Contohnya dalam kitab al-Irshad ila Qawati’ al-Adilla fi Usul al-I’tiqad Imam al-Haramain telah menulis:[2] Sebahagian daripada guru-guru kami menetapkan bahawa Dua Tangan, Dua Mata dan Wajah adalah sifat-sifat Allah yang sebenar dan ini dibuktikan oleh al-Hadis dan bukan penalaran. Namun bagi kami apa yang benar tangan itu adalah kekuasaan, mata adalah pemerhatian dan wajah adalah kewujudan.
Demikian pendapat Imam al-Haramain sebelum beliau beralih kepada ‘aqidah al-Salaf. Dapat diperhatikan perbezaan yang besar dalam pandangan beliau terhadap nas-nas al-Sifat berbanding dengan kitab ‘Aqidah al-Nazomiyah.
Oleh itu peralihan Imam al-Haramain adalah benar dan ia terbukti daripada hasil tulisan beliau sendiri. Ia tidak bergantung kepada keterangan Ibn Tahir dan al-Qairuwaani sahaja.
Kedua: Kata-kata sebenar Taj al-Din ‘Abdul Wahab bin ‘Ali al-Subki (771H).
Telah dirujuk kepada kitab Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra (tahqiq: Mustafa ‘Abd al-Qadir ‘Atha’, Dar al-Kutub al-Ilmiah 1999), jld. 3, ms. 158-201, biografi no: 477 yang khas kepada ‘Abd al-Malik bin ‘Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad bin ‘Abd Allah al-Juwaini al-Naisaburi, Imam al-Haramain, Abu Ma‘ali.
Di sana (ms. 173 & 177) memang terdapat perbahasan al-Subki tentang riwayat-riwayat pegangan terakhir Imam al-Haramain berdasarkan nukilan al-Dzahabi. Namun ini tidaklah menghalang al-Subki untuk membuat kesimpulan berikut di akhir ms. 177:
ثم أقول: للأشاعرة قولان مشهوران في إثباث الصفات: هل تمر على ظاهرها مع اعتقاد التنزيه أو تؤول ؟
والقول بالإمرار مع اعتقاد التنزيه هو المعزو إلى السلف, وهو اختيار الإمام في الرسالة النظامية, وفي مواضع من كلامه, فرجوعه معناه الرجوع عن التأويل إلى التفويض, ولا إنكار في هذا ولا في مقابله, فإنها مسألة اجتهادية, أعنى مسألة التأويل أو التفويض مع اعتقاد التنزيه.
Walhasil aku katakan, di sisi Mazhab al-Asya‘irah terdapat dua pendapat yang masyhur dalam bab penetapan al-Sifat (bagi Allah): (1) Adakah ianya difahami atas yang zahir disamping beri’tiqad mensucikan (Allah dari tasybih dan tajsim) atau (2) ianya ditakwilkan ?
Maka pendapat membiarkan (nas-nas al-Sifat sebagaimana ada) disamping beri’tiqad mensucikan (Allah dari tasybih dan tajsim) adalah pegangan yang disandarkan kepada generasi al-Salaf dan ini adalah merupakan pilihan al-Imam (Imam al-Haramain) dalam (kitabnya) al-Risalah al-Nazzomiyyah dan juga di beberapa tempat yang lain daripada kata-katanya. Maka kembalinya beliau bermakna kembali daripada (kaedah) al-Takwil kepada (kaedah) al-Tafwidh dan perkara ini tidaklah diingkari mahupun yang sebaliknya kerana sesungguhnya masalah ini adalah masalah ijtihadiyah sama ada dengan mentakwilkannya atau mentafwidhkannya (asalkan) dengan i’tiqad mensucikan (Allah dari tasybih dan tajsim).
Dari kata-kata al-Subki di atas dapat diperhatikan bahawa:
Jelas bahawa dakwaan penyusun Salafiyah Wahabiyah tentang pandangan al-Subki terhadap pegangan terakhir Imam al-Haramain adalah dusta semata-mata.
[1] Asalnya dikemukakan oleh Hasan al-Saqqaf dalam Sahih al-‘Aqidah al-Thahawiyyah, ms. 60. [2] Edisi terjemahan atas judul A Guide to Conclusive Proofs for the Principles of Belief oleh Paul E. Walker dan disemak oleh Muhammad S. Eissa. Diterbitkan oleh The Centre for Muslim Contribution to Civilization, Qatar & Garnet Publishing, UK 2000. Lihat mukasurat 86 (Bab Maksud nama-nama Allah yang Maha Agung). [3] Kaedah al-Tafwidh memiliki beberapa maksud, sila lihat penjelasan lanjut tentangnya di PENILAIAN SEMULA NO: 62.
|
| BAB D : KANDUNGAN |