Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 46
Penolakan keempat terhadap kaedah memahami nas-nas al-Sifat Ibn Taimiyyah.
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 68:
Kaedah al-Sifat (mengambil zahir dan menentang Takwil) daripada Syeikh al-Harrani ini juga bercanggah dengan tafsiran atau takwilan para sahabat, khususnya pendirian mereka berhubung dengan surah al-Imran ayat 7 yang membolehkan kita mentakwil sesetengah nas. Sandaran riwayat-riwayat takwil yang dimuatkan oleh al-Hafiz Ibn Jarir al-Salafi di dalam tafsirnya begitu jelas kepada kita. Oleh itu, penentangan terhadap kaedah ini secara langsung menafikan keistimewaan Sayidina Ibn ‘Abbas, Ibn Mas‘ud, Sayidina Ali, ‘Urwah Ibn Zubair, ‘Abdullah Ibn Amr, Ubai Ibn Ka‘ab, Zaid Ibn Thabit, Sayidatina ‘Aisyah, Umm Salamah, Anas Ibn Malik,...juga tidak mengiktiraf takwilan tabi‘ien seperti Mujahid, ‘Ata’, lkrimah, Qatadah, ad-Dhahak, Said Ibn Jubair, Ziad Ibn Aslam dan lain-lain. Maka, apakah keistimewaan Ibn Taimiyah dalam soal ini?
Penilaian semula: Diminta penyusun Salafiyah Wahabiyah mengemukakan bukti yang lengkap, jelas, sahih lagi terperinci bahawa para generasi al-Salaf di atas telah melakukan takwil pengalihan lafaz terhadap nas-nas al-Sifat. Sebahagian kecil daripada nama-nama al-Salaf di atas telah diberi contohnya oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah namun semuanya tidak tepat sebagaimana yang telah dinilai sebelum ini. Maka diminta penyusun Salafiyah Wahabiyah mengemukakan bukti-bukti lain yang tepat untuk kami menilainya.
Jika penyusun Salafiyah Wahabiyah gagal maka sekali lagi beliau telah membuat fitnah dan dusta ke atas para sahabat dan tabi‘in yang mulia di atas.
|
| BAB D : KANDUNGAN |