Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 61
Kesimpulan Bab D: Syubhat dalam kaedah Ibn Taimiyyah terhadap nas-nas al-Sifat.
Berkata penyusun Salafiyah Wahabiyah sebagai kesimpulan daripada penilaian beliau ke atas kaedah Ibn Taimiyyah dari mukasurat 64-77:
Secara ringkas, pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim serta pengikutnya Syeikh Muhammad Abd Wahab (yang mengambil nas secara zahir untuk menetapkan sifat yang mustahil) dengan sendirinya terbatal dan tertolak. Bahkan tersanggah dan disanggah oleh ulama’ ulama’ muktabar yang datang sebelum dan selepas mereka. Justeru itu, untuk kepentingan bersama, eloklah kita merujuk kembali kepada kitab-kitab karangan ulama’ yang asal untuk mendapatkan kesahihan pendirian mereka berhubung dengan masalah zahir nas (teks) ini. Begitu juga dengan kitab-kitab karangan ketiga-tiga tokoh di atas. Kita perlu membuat perbandingan hujah antara mereka dengan jumhur ulama’ supaya dapat menemui titik pertemuannya. Dengan hati yang ikhlas dan berasaskan ilmu, mohonkanlah nasihat dan pandangan Tuan-Tuan Guru dan para alim ulama’ kita di dalam menilai permasalahan ini. Semoga Allah mengurniakan Taufik kepada kita semua. Wallahu a’lam.
Penilaian semula: Telah dilakukan sepertimana yang disyorkan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah di atas dan didapati beliau (penyusun Salafiyah Wahabiyah) telah keliru dan mengelirukan orang ramai antara kaedah Ahl al-Sunnah dan Ahl Zahir. Kajian secara mendalam mendapati:
Selain itu didapati penyusun Salafiyah Wahabiyah masih tidak terlepas daripada permainan kotornya untuk mengelirukan para pembaca. Pendustaan dan penyelewengan fakta masih berterusan malah lebih hebat daripada perbincangan sebelumnya. Yang lebih berat adalah tindakan penyusun Salafiyah Wahabiyah yang melaga-lagakan sesama tokoh atas alasan mereka kononnya saling menyanggahi antara satu sama lain.
Dengan hati yang ikhlas dan berasaskan ilmu, dipohon kepada Tuan-tuan Guru dan para alim ulama’ di mana sahaja mereka berada agar berhati-hati dengan penyusun Salafiyah Wahabiyah ini. Tindakan beliau melaga-laga dan mendustakan sesama ulama’ tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Entah-entah di satu hari nanti beliau akan melakukan hal yang sama ke atas sesama tuan guru dan alim ulama’ setempat.
|
| BAB D : KANDUNGAN |