Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 60
Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyyah dengan al-Zarqani.
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 76:
Di dalam kitab “Manahil al-Urfan” (ms. 292, jld. 2) beliau menegaskan: “Kami telah mengetahui bahawa menggunakan ayat-ayat mutasyabih pada sifat-sifat Allah itu secara zahir dengan mengekalkan maknanya adalah bukan pendapat orang-orang Islam. Sebaliknya ia adalah pendapat ahli-ahli agama yang lain seperti yahudi dan kristian dan ahli-ahli agama yang sesat seperti kaum Musyabbihah dan Mujassimah”.
Penilaian semula: Di atas merupakan satu pendustaan ke atas al-Zarqani dan penyelewengan fakta ke atas kitabnya.
Kata-kata di atas benar terdapat dalam Manahil al-‘Urfan fi ‘Ulum al-Qur’an karya Muhammad bin ‘Abd al-‘Adzim al-Zarqani (Dar al-Fikr, Beirut 1996)[1] jld. 2, ms. 209 (Bab ke 15: Tentang Muhkam al-Qur’an dan Mutasyabihah, Bab: Petunjuk dan Peringatan). Bab ini asalnya ditujukan kepada sebahagian manusia di zaman al-Zarqani yang cuba meneladani generasi al-Salaf dalam memahami nas-nas al-Sifat tetapi telah terkeliru sehingga mereka memahaminya secara zahir: makna dan kaifiat. Mereka menganggap Allah Beristiwa’ di atas ‘Arasy dengan Dzat-Nya dengan sebenar-benar maksud. Ahl al-Zahir inilah yang dikritik oleh al-Zarqani.
Sebelum itu al-Zarqani telahpun menukil 3 kaedah yang benar dalam memahami nas-nas al-Sifat, ringkasnya:[2]
Oleh itu yang benar tidak ada percanggahan antara al-Zarqani dan Ibn Taimiyyah. Kata-kata al-Zarqani yang dinukil oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah sebenarnya tidak di letakkan pada tempat yang sebenarnya (out of context) dan ini merupakan pendustaan ke atas al-Zarqani dan penyelewengan fakta ke atas kitabnya.
[1] Kitab ini juga dalam proses terjemahan dan kini telah siap jilid yang pertama. Ia diterjemahkan atas judul yang sama oleh Qadirun Nur & Ahmad Musyafiq, diterbitkan oleh Gaya Media Pratama, Jakarta 2002. Ketika menulis kitab ini, Muhammad ‘Abd al-‘Adzim al-Zarqani adalah pensyarah ‘Ulum al-Qur’an dan ‘Ulum al-Hadis di Universiti al-Azhar. [2] Manahil al-‘Urfan, jld. 2, ms. 207-208. Yang seumpama juga telah dikemukakan oleh al-Suyuti dalam al-Itqan, jld. 2, ms. 10-12.
|
| BAB D : KANDUNGAN |