Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT

 

PENILAIAN SEMULA NO: 59

 

Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyyah dengan Ibn Hajar al-Haithami.

 

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 76:

 

Percanggahan pendapat lbn Taimiyah dengan ‘Alim
‘Allamah Syeikh lbn Hajr al-Haitami.

Di dalam kitab “Fatawa al-Hadithiyah”, (ms. 151), beliau menegaskan pendapatnya yang bermaksud: ………

 

Penilaian semula:

Sedia diketahui bahawa Ibn Hajar al-Haithami al-Makki (974H)[1] memilih kaedah al-Takwil. Ini adalah ijtihad Ibn Hajar al-Haithami. Sebelum ini di bahagian awal Bab A telahpun diterangkan kelemahan-kelemahan hujah bagi mereka yang memilih kaedah al-Takwil ke atas nas-nas al-Sifat.

 

 


[1]               Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar, seorang tokoh Mazhab Shafi’i yang masyhur. Antara karya beliau yang sering menjadi rujukan ialah al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-Sawa’iq al-Muhriqah ‘ala Ahl al-Rafidh wa al-Dhalal wa al-Zandaqiyyah. Meninggal dunia di Makkah pada tahun 974H.

 

BAB D : KANDUNGAN