Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT

 

PENILAIAN SEMULA NO: 57

 

Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyyah dengan Ibn ‘Asakir.

 

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 75:

 

Percanggahan Pendapat lbn Taimiyah dengan Imam al-

Hafiz lbn al-‘Asakir

 

Di dalam kitabnya “Tabyin Kazbu al-Muftari fi Ma Nusiba ila Imam Abi Hassan al-Asya‘ri” (ms. 27)[1], beliau menjelaskan kepada kita dengan katanya:

“Golongan al-Salaf dan al-Khalaf telah bersepakat di dalam memalingkan makna ayat atau hadith yang mutasyabih daripada zahir nas yang mendatangkan kekeliruan, seolah-olah menyerupai dengan sesuatu.  Maka pihak yang pertama merasakan cukup dengan mentakwil secara umum sahaja dan menahan diri mereka daripada memberi makna maksud tersebut (tafwid).  Manakala pihak yang kedua pula ingin menentukan maksud yang sedemikian bertujuan untuk menolak kesamaran yang dibuat oleh puak-puak musyabbih yang sentiasa menjadikan berhala-berhala mereka yang ada dibumi itu seperti apa yang ada dilangit.

 

Penilaian semula:

Di atas adalah contoh sekotor-kotor permainan penyusun Salafiyah Wahabiyah untuk memfitnahkan para ulama’ Islam dan mengelirukan para pembaca. Telah dirujuk kepada kitab Tabyin Kazbu al-Muftari fi Ma Nusiba ila Imam Abu al-Hasan al-Asya‘ari dan didapati kata-kata di atas sebenarnya bukanlah berasal dari Ibn ‘Asakir tetapi adalah daripada Muhammad Zahid al-Kauthari selaku penyunting kitab yang terletak di bahagian notakaki ms. 28. Apa yang dikemukakan oleh al-Kauthari ini adalah tidak benar kerana generasi al-Salaf tidak mentakwilkan nas-nas al-Sifat sama ada secara umum mahupun secara terperinci.

 

Di sini terdapat bukti yang jelas, sejelas matahari yang menyinar tanpa awan, akan jenayah ilmiah yang dilakukan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah. Semoga para pembaca yang budiman sekalian dapat mengambil iktibar daripada jenayah beliau ini apabila membaca apa-apa tulisan beliau, sama ada yang wujud sekarang ini mahupun yang akan datang.

 

 


[1]               Sebenarnya adalah mukasurat 28 dan bukannya 27, satu kesilapan yang lazim antara angka 27 dan 28 .

 

BAB D : KANDUNGAN