Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT

 

PENILAIAN SEMULA NO: 55

 

Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyyah dengan al-Qadhi ‘Abd Jabbar al-Mu’tazili.

 

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 73:

 

Percanggahan Pendapat antara Ibn Taimiyyah dengan
Qadhi ‘Abd al-Jabbar al-Mu’tazili

 

Penilaian semula:

Dakwaan percanggahan di atas tidak akan dilayan kerana al-Qadhi ‘Abd al-Jabbar bin Ahmad bin ‘Abd al-Jabbar (415H) adalah seorang tokoh aliran al-Mu’tazilah yang banyak menyelisihi dasar-dasar ‘aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tanpa terhad kepada masalah nas-nas al-Sifat sahaja.[1] Di sini jelas kelihatan permainan kotor penyusun Salafiyah Wahabiyah yang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya.

 

 


[1]               Untuk kajian lanjut tentang aliran al-Muktazilah dari sumber terjemahan, lihat:

  1. Prinsip-prinsip Dasar Aliran Theologi Islam oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari, jld. 1, ms. 220-234.

  2. Sekte-sekte Islam oleh al-Syarastani (terj Kitab al-Milal wa al-Nihal oleh Karsidi Diningrat; Pustaka, Bandung 1996), ms. 57-103.

  3. Ensiklopidi Islam (PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta 1994), jld. 3, ms. 290-294.

  4. Peranan Aliran Iktizal dalam Perkembangan Alam Pikiran Islam – Joesoef Sou’yb. Pustaka al-Husna, Jakarta 1982

Bagi kajian dari sumber internet, sila lihat:

  1. http://www.geocities.com/salafyoononline/arsiplama/manhaj_10.htm

  2. http://www.alislam.or.id/aliranislam/arsip/00000061.html

  3. http://www30.brinkster.com/islamicsquare/usuluddin/artikel9.htm

Nukilan penyusun Salafiyah Wahabiyah tentang kata-kata Qadhi ‘Abd al-Jabbar boleh dilihat dalam Syarah Usul al-Khamsah (ta’liq: Ahmad bin al-Husain bin Abi Hasyim; tahqiq: ‘Abd al-Karim ‘Uthman; Maktabah Wahbah, Kaherah 1996), ms. 600 (Kitab Usul ke-2, Bab Hakikat antara al-Muhkamat dan al-Mutasyabih).

 

BAB D : KANDUNGAN