Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab D: SYUBHAT DALAM KAEDAH IBN TAIMIYYAH TERHADAP NAS-NAS AL-SIFAT |
|
Pengenalan.
Penyusun Salafiyah Wahabiyah seterusnya bermula dari mukasurat 65 telah membahas kaedah yang digariskan oleh Ibn Taimiyyah dalam berinteraksi dengan nas-nas al-Sifat. Sebelum di nilai penilaian penyusun Salafiyah Wahabiyah, berikut diterangkan terlebih dahulu kaedah Ibn Taimiyyah.
Kaedah Ibn Taimiyyah dalam memahami nas-nas al-Sifat. Ibn Taimiyyah berpendapat nas-nas al-Sifat hendaklah diterima sebagaimana ia dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Diterima bermaksud beriman kepadanya dan menetapkannya apa yang ditetapkan serta menafikan apa yang dinafikan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
Nas-nas al-Sifat hendaklah juga diterima dengan 4 prinsip yang penting:[1]
Pertama: Tanpa Tahrif, iaitu tidak mengubah lafaz atau mengalih maksud Sifat-Sifat tersebut. Sifat Tangan Allah tidak diubah menjadi kekuasaan-Nya atau nikmat-Nya.
Kedua: Tanpa Ta’thil, iaitu tidak menolak atau menafikan atau mengalih (takwil) Sifat-sifat tersebut selagi ianya dikhabarkan oleh nas yang sahih.
Ketiga: Tanpa Takyif, iaitu tidak bertanya atau menggambarkan bagaimana ciri-ciri atau bentuk atau tatacara Sifat-sifat tersebut. Ini adalah kerana ilmu manusia tidak akan sekali-kali dapat menjangkauinya.
Keempat: Tanpa Tamtsil, iaitu tidak menyerupa atau mengumpamakan Sifat-sifat tersebut dengan mana-mana makhluk yang ada di sekalian alam kerana tidaklah Allah seumpama mana-mana makhluk-Nya.
Demikian beberapa kaedah asas Ibn Taimiyyah dalam menerima nas-nas al-Sifat yang penulis ringkaskan dan susun semula daripada beberapa karangan beliau.
Berikut marilah kita menilai semula penilaian-penilaian penyusun Salafiyah Wahabiyah ke atas kaedah Ibn Taimiyyah ini.
[1] Syarah al-’Aqidah al-Wasithiyyah, untuk rujukan daripada sumber terjemahan sila lihat:
|
| BAB D : KANDUNGAN |