Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab C: Syubhat dalam pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asya‘ari

dan asal usul kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah

  

PENILAIAN SEMULA NO: 37

 

Gaya bahasa al-Ibanah menyerupai al-Tamhid karya al-Baqilani.

 

Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah, ms. 57:

 

Gaya bahasa yang digunakan di dalam “al-Ibanah” adalah lebih menyerupai gaya bahasa yang dikarang oleh al-Baqilani di dalam kitabnya “al-Tamhid” dan karya-karya beliau yang lain.

 

Penilaian semula:

Persamaan gaya bahasa tidak bererti persamaan penyusun sebagaimana perbezaan gaya bahasa tidak bererti perbezaan pengarang. Ini adalah kerana faktor yang mempengaruhi gaya bahasa bukanlah siapa pengarangnya tetapi kepada siapa sesebuah karangan itu ditujukan. Adakalanya gaya bahasa yang digunakan adalah tajam dan kritis apabila ia ditujukan kepada golongan yang jelas salah dan berdegil dengan kesalahannya. Adakalanya bersederhana apabila ditujukan kepada golongan yang terkeliru. Adakalanya mudah apabila ditujukan kepada golongan awam yang mahu belajar.

 

BAB C : KANDUNGAN