Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab C: Syubhat dalam pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asya‘aridan asal usul kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 36
al-Qadhi al-Baqilani juga dikenali sebagai al-Asya‘ari.
Sebenarnya apabila telah jelas bahawa kitab al-Ibanah karangan al-Baqilani adalah berbeza dengan al-Ibanah karangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari, terbatallah semua hujah-hujah seterusnya yang dikemukakan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi tidak mengapa jika kita mengkaji dan menilai secara ilmiah hujah-hujah beliau seterusnya, lebih-lebih lagi apabila dikatakan bahawa:
Selepas penelitian kita tentang “al-lbanah” ini, kita akan dapati wujudnya beberapa persamaan yang membolehkan kita mengatakan bahawa “al-Ibanah” sebenarnya merupakan karangan al-Qadhi al-Baqilani. (Salafiyah Wahabiyah ms. 56).
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 57:
Al-Qadhi al-Baqilani juga dikenali dengan nama al-Asya‘ari pada zamannya, sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang kitab-kitab biografi.
Penilaian semula: Hal ini memang benar di mana nama al-Asya‘ari digunakan bagi menunjukkan sandaran atau ikutan al-Baqilani kepada Mazhab al-Asya‘irah. Akan tetapi melalui sebutan ini al-Baqilani dikenali sebagai al-Qadhi Abu Bakar al-Asya‘ari.[1] Ini jauh berbeza dengan Abu al-Hasan al-Asya‘ari. [1] Siyar A’lam al-Nubala, jld. 17, ms. 192.
|
| BAB C : KANDUNGAN |