Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab C: Syubhat dalam pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asya‘aridan asal usul kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 35
Al-Ibanah sebenarnya dikarang oleh al-Qadhi al-Baqilani.
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 56:
Selain Abu Hassan al-Asya‘ari, al-Qadhi al-Baqilani juga mengarang sebuah kitab di dalam ilmu Usuluddin. Kitab tersebut dinamakan “al-Ibanah”. Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Zahabi di dalam kitabnya “al-Ulu li 'aliyy al-Ghaffar” ms. 539, terjemahan yang ke 139. Di dalam kitab “Sayr A'lam al-Nubala” (ms. 193, jld. 17), Imam al-Zahabi sekali lagi mencatatkan sememangnya al-Baqilani ada mengarang kitab yang dinamakan “al-Ibanah”. Selain catatan al-Zahabi, Imam al-Qadhi Iyadh di dalam kitab “Tartib al-Madarik” (ms. 601, jld. 3), turut mengesahkan bahawa al-Baqilani ada mengarang kitab yang dinamakan “al-lbanah”.
Penilaian semula: Tajuk lengkap kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Qadhi Abu Bakar al-Baqilani (403H)[1] ialah al-Ibanah ‘an Ibthal Mazhab Ahl al-Kufar wa al-Dholalah yang khas dalam menjelaskan kebatilan mazhab orang-orang kafir dan sesat. Ini jauh berbeza dengan kitab karangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari yang berjudul al- Ibanah ‘an Usul al-Diyanah yang khas dalam menjelaskan asas-asas penting agama Islam dari sudut ‘aqidah.
Tajuk lengkap kitab al-Ibanah ‘an Ibthal Mazhab Ahl al-Kufar wa al-Dholalah karangan al-Baqilani telah dinyatakan oleh al-Qadhi ‘Iyadh (544H)[2] dalam kitabnya Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik (tahqiq: Muhammad Salim Hasyim; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1998) jld. 2, ms. 213 (Bab biografi Abu Bakar Muhammad bin al-Tayyib bin Muhammad al-Qadhi).
Rujukan kepada kitab Tartib al-Madarik telah dilakukan oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah sepertimana di atas tetapi beliau tidak menyalin sepenuhnya tajuk kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Baqilani. Sekali gus penyusun Salafiyah Wahabiyah telah melakukan pendustaan terhadap al-Qadhi Abu Bakar al-Baqilani dan al-Qadhi ‘Iyadh.
Selain itu penulis sempat menyemak senarai kitab dan risalah yang ditulis oleh al-Baqilani sebagaimana yang dikemukakan oleh Abd al-Hamid bin ‘Ali dalam ulasan beliau terhadap kitab al-Taqrib wa al-Irsyad al-Sagheir karangan al-Baqilani.[3] Tidak ditemui bahawa al-Baqilani ada mengarang sebuah kitab atau risalah yang berjudul al-Ibanah melainkan seperti apa yang telah disebut di atas iaitu al-Ibanah ‘an Ibthal Mazhab Ahl al-Kufar wa al-Dholalah.
Adapun dua rujukan lain yang disebut oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah:
[1] al-Uluw li 'Aliyy al-Ghaffar karangan al-Dzahabi. Telah dirujuk kepada edisi yang sama dengan penyusun Salafiyah Wahabiyah iaitu yang ditahqiq oleh Hasan al-Saqqaf (Dar Imam al-Nawawi, Amman 1998), ms. 539. Di sana al-Dzahabi telah menyebut kitab al-Ibanah sebagai karya al-Baqilani. Akan tetapi al-Saqqaf telah mengulas lanjut dalam notakaki no: 1116: Telah disebut oleh Ibn Kathir dalam “al-Bidayah wa al-Nihayah” (11/350) bahawa ia (al-Ibanah oleh al-Baqilani) adalah syarah atas kitab al-Ibanah (oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari) akan tetapi berkata al-Qadhi ‘Iyadh dalam Tartib al-Madarik (3/601) bahawa beliau (sebenarnya) menulis kitab “al-Ibanah ‘an Ibthal Mazhab Ahl al-Kufar wa al-Dholalah”. Sekian al-Saqqaf.
Jelas di sini bahawa al-Saqqaf, guru kepada penyusun Salafiyah Wahabiyah dengan sendirinya telah menerangkan bahawa al-Ibanah yang dikarang oleh al-Baqilani ialah al-Ibanah ‘an Ibthal Mazhab Ahl al-Kufar wa al-Dholalah. Akan tetapi nampaknya penyusun Salafiyah Wahabiyah tidak mempedulikan kata-kata gurunya sendiri dan masih cuba memperdayakan para pembacanya.[4]
[2] Siyar A’lam al-Nubala karangan al-Dzahabi. Penulis merujuk kepada edisi yang sama dirujuk oleh penyusun Salafiyah Wahabiyah. Jilid 17, ms. 190-193 memang membahas tentang biografi al-Baqilani tetapi al-Dzahabi tidak menyebut nama-nama kitab dan risalah karangannya. Yang ada hanyalah catitan pentahqiq: Syu‘aib al-Arna’uth di bahagian notakaki ms. 193 tentang nama-nama kitab dan risalah karangan al-Baqilani yang telah sedia dicetak pada masa kini.
Dalam senarai ini tidak disebut kitab al-Ibanah.
Di sini penyusun Salafiyah Wahabiyah telah melakukan dua pendustaan:
Semua pendustaan ini sengaja dilakukan demi menegakkan hujah yang batil bahawa kitab al-Ibanah sebenarnya dikarang oleh al-Qadhi al-Baqilani dan bukannya oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari. Yang benar Abu al-Hasan al-Asya‘ari dan al-Qadhi al-Baqilani masing-masing ada mengarang sebuah kitab yang berjudul al-Ibanah akan tetapi ia adalah dua buah kitab yang berasingan. [1] Beliau ialah Muhammad bin Tayyib bin Muhammad, juga terkenal dengan gelaran Abu Bakar al-Baqilani. Seorang tokoh dunia Islam yang terkenal dalam bidang ilmu kalam dan usuluddin. Lahir di Basrah pada tahun 338H dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 403H. [2] Beliau ialah ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh bin ‘Imran, lahir di bandar Sabta di pinggir Selat Giblatar. Seorang tokoh yang terkenal dalam Mazhab Maliki khasnya dalam bidang hadis yang juga pernah menduduki jawatan Qadhi. Antara karya beliau yang terkenal yang telah diterjemahkan ialah Muhammad Messenger of Allah: Ash-Shifa of Qadi ‘Iyad (terj: Aisha Bewley; Madinah Press, Granada & Islamic Book Trust, Kuala Lumpur 1998). Meninggal dunia pada tahun 544H. [3] Kebiasaannya apabila seseorang itu mengulas (tahqiq) sesebuah kitab klasik Islam, mereka akan mendahuluinya dengan membahas secara mendalam biografi pengarang kitab tersebut termasuk senarai kitab dan risalah yang dikarangnya, sama ada yang telah diterbitkan atau yang masih wujud dalam bentuk manuskript atau yang telah hilang. ‘Abd al-Hamid bin ‘Ali adalah pensyarah Fakulti Usul Fiqh di Universiti Muhammad Sa‘ud, Riyadh. Kitab al-Taqrib wa al-Irsyad al-Sagheir diterbitkan oleh Muassasah al-Risalah, Beirut 1993.
[4]
Walaubagaimanapun konsep asal untuk meragukan antara
al-Ibanah karangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari dan
al-Ibanah karangan al-Qadhi al-Baqilani memang berasal
dari al-Saqqaf. Lihat rujukan yang sama, mukasurat 540
(sambungan nk 1116). |
| BAB C : KANDUNGAN |