Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab C: Syubhat dalam pegangan (i’tiqad) terakhir Abu al-Hasan al-Asya‘aridan asal usul kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah |
|
Pengenalan.
‘Ali bin Ismail bin Ishaq, Abu al-Hasan al-Asya‘ari adalah seorang tokoh besar dunia Islam pada kurun ke 4 Hijrah. Lahir di Basrah pada tahun 260H, beliau pada awalnya mengikuti fahaman al-Mu’tazilah akan tetapi akhirnya telah kembali ke fahaman al-Salaf yang asli. Hal ini terbukti sendiri dalam karangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari yang terakhir yang berjudul al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah dan juga berdasarkan kajian para sejarahwan. Abu al-Hasan al-Asya‘ari meninggal dunia di Baghdad pada tahun 324H.[1]
Banyak orang masa kini mendefinisikan kumpulan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah sebagai apa yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari. Hal ini adalah jelas tidak benar kerana Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah seseorang yang berada di atas jalan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat, tabi‘in sehinggalah ke para imam mujtahid yang empat radiallahu ‘anhum. Mereka inilah yang menjadi asas Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Abu al-Hasan al-Asya‘ari termasuk dalam kumpulan ini dan beliau bukanlah pengasasnya. Apa yang dilakukan oleh al-Asya‘ari adalah menyenaraikan asas-asas Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan mempertahankannya daripada pelbagai aliran lain yang wujud di zaman beliau.[2]
Yang lebih buruk adalah apabila banyak orang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Abu al-Hasan al-Asya‘ari (Mazhab Al-Asya‘irah) tetapi mereka tidak mengenali ajaran dan pegangan Abu al-Hasan al-Asya‘ari. Sebahagian lain menjurus kepada kesilapan yang lebih berat dengan mendakwa kitab al-Ibanah bukanlah merupakan karangan beliau yang sebenar.
Penyusun Salafiyah Wahabiyah adalah antara orang yang menolak kembalinya Abu al-Hasan al-Asya‘ari kepada fahaman al-Salaf dan menganggap bahawa kitab al-Ibanah bukanlah merupakan karangan aslinya. Beliau telah mengemukakan sejumlah hujah untuk membenar dan menyokong dakwaannya.[3] Berikut dikemukakan secara ringkas nota-nota penting yang beliau kemukakan dan penilaian semula terhadapnya.
[1] Lebih lanjut tentang biografi Abu al-Hasan al-Asya‘ari, lihat:
Dari sumber terjemahan, lihat:
[2] Demikian penjelasan al-Baihaqi sebagai nukil Ibn ‘Asakir dalam Tabyin Kazbu al-Muftari fi Ma Nusiba ila Imam Abu al-Hasan al-Asya‘ari, ms. 103-104. Lihat juga mukasurat 113 dan 117. Orang-orang yang mendakwa Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Asya‘ari tidak menyedari kemudaratan yang terbawa bersama dakwaan tersebut, di mana ia membawa erti Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah satu mazhab yang baru (bid‘ah) yang hanya lahir mulai tahun 300 Hijrah sementara Mazhab Syi‘ah Rafidhah adalah mazhab yang asal lagi pertama. [3] Hujah-hujah ini asalnya dikemukakan oleh Hasan al-Saqqaf dalam ulasan beliau ke atas kitab karya al-Dzahabi – al-‘Uluw li al-‘Aliy al-Ghaffar (Dar Imam al-Nawawi; Amman 1998), ms. 511, notakaki 1044.
|
| BAB C : KANDUNGAN |