Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah |
Bab B: dakwaan Generasi Al-Salaf mentakwilkan nas-nas al-Sifat |
|
PENILAIAN SEMULA NO: 16
Dakwaan al-Takwil terhadap perkataan Lupa dalam ayat 51 surah al-A’raaf.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Oleh itu, pada hari ini (Hari Kiamat), Kami lupakan mereka sebagaimana mereka telah lupa (untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. [al-A’raaf 7:51]
Disebut dalam Salafiyah Wahabiyah ms. 36 berkenaan ayat ini:
Berkenaan dengan ayat ini, Imam
al-Tabari di dalam tafsirnya (ms. 201, jld. 8) meriwayatkan
bahawa Ibn Abbas telah mentakwilkan lafaz
Penilaian semula: Riwayat takwilan Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu daripada perkataan Lupa kepada maksud membiarkan adalah takwil penafsiran maksud dan bukannya takwil pengalihan lafaz kerana jika dirujuk dalam mana-mana kamus, perkataan ( نسي ) memiliki beberapa erti, termasuk antaranya ialah Lupa (forget) dan Abai (neglect). Justeru Ibn ‘Abbas sebenarnya menjelaskan apakah maksud sebenar perkataan ( ننساهم ) selari dengan konteks ayat tersebut.
[1] Asalnya dikemukakan oleh Hasan al-Saqqaf dalam Sahih al-‘Aqidah al-Thahawiyyah, ms. 156-157, no: 03-C dan Daf’u Syubhat al-Tasybih, ms. 12, no: 03-C.
|
| BAB B : KANDUNGAN |