Pembongkaran Jenayah Ilmiah BUKU'Salafiyah Wahabiyah'

73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari

oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Bab B: dakwaan Generasi Al-Salaf mentakwilkan  nas-nas al-Sifat

 

PENILAIAN SEMULA NO: 9

 

Dakwaan al-Takwil terhadap perkataan  Betis dalam ayat 42 surah al-Qalam.

 

Dalam Salafiyah Wahabiyah, ms. 24 disebut bahawa:

 

Apabila kita membaca kitab-kitab tafsir, kita akan menemui beberapa takwilan Ibn Abbas terutamanya yang berkaitan dengan masalah sifat Allah melalui sanad-sanad yang sahih.  Contohnya, firman Allah Ta’ala:

 “Pada hari betis disingkapkan …” (Surah al-Qalam 68:42)

lbn Abbas berkata: Yang dimaksudkan dengan betis ialah keadaan orang-orang yang berada dalam ketakutan yang ingin lari kerana hebatnya huru-hara qiamat.  Hasilnya Ibn Abbas telah mentakwilkan ( الساق ) iaitu betis kepada perkataan( الشدة ) iaitu terlalu takut.[1]

 

Penilaian semula:

Seandainya sahih takwilan Ibn ‘Abbas di atas, ia adalah satu takwilan yang tidak melibatkan salah satu sifat Allah. Mari kita perhatikan semula ayat tersebut:

 

(Ingatkanlah) akan masa didedahkan betis dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. [al-Qalam 68:42-43]

 

Ayat di atas menyebut betis secara umum tanpa menyandarkannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Ayat tersebut tidak menyebut: Betis Allah atau Betis-Nya. Oleh itu ayat di atas dan takwilan yang didakwa dilakukan oleh Ibn ‘Abbas sebenarnya tidak melibatkan sifat Allah Ta’ala.[2]

 

 


[1]               Asalnya dikemukakan oleh Hasan bin ‘Ali al-Saqqaf dalam:

  1. al-Tandid biman ‘Addada al-Tauhid (Dar Imam al-Nawawi, Amman 1992), ms. 46. Rujukan ini seterusnya akan dikemukakan dengan singkatan al-Tandid.

  2. Sahih al-‘Aqidah al-Thahawiyyah, ms. 149, contoh no: 03-A.

  3. Daf’u Syubhat al-Tasybih bi Akaffi al-Tanzih (Dar Imam al-Nawawi, Amman 2000), ms. 11-12, contoh no: 03-A. Rujukan ini seterusnya akan dikemukakan dengan singkatan Daf’u Syubhat al-Tasybih.

Nota: Apabila penulis menyandarkan kitab Daf’u Syubhat Tasybih kepada Hasan al-Saqqaf, ia bererti penulis merujuk kepada pelbagai penjelasan tambahan dan lampiran yang ditulis oleh al-Saqqaf. Apabila disandarkan kitab Daf’u Syubhat al-Tasybih kepada Ibn al-Jauzi, ia bererti penulis merujuk kepada kata-kata Ibn al-Jauzi sendiri yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan kitab tersebut.

[2]               Dalam bab ini ada perbincangan lanjut, sila lihat:

  1. Ibn Taimiyyah: Majmu al-Fatawa  (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 6, ms. 394-395.

  2. Ibn Qayyim: al-Sawa‘iq al-Mursalah (tahqiq: ‘Ali bin Muhammad; Dar al-‘Asomiyah, Riyadh 1998) , jld. 1, ms. 252-253.
     

BAB B : KANDUNGAN

s