|
Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah:
Beberapa Semakan Teliti Ke Atas
Satu Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi.
14 Jan 2010: Tiga sahabat di Australia
Suara Abdul Rahman melaungkan azan Zohor jelas kedengaran, sekalipun beliau tidak menggunakan alat pembesar suara. Undang-undang tidak membenarkan azan dikumandang dengan alat pembesar suara, maka Abdul Rahman, pelajar dari Kenya yang dikenali bersuara lantang, ditugaskan menjadi bilal masjid. Tidak sampai sepuluh meter dari masjid, Fauzy dan Susilo sedang duduk di kaki lima sebuah restoran sambil menikmati minuman oren segar. “Jom kita sembahyang, Abdul Rahman sudah pun selesai azan” ajak Fauzy kepada Susilo. Mereka bertiga adalah pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti yang sama, justeru saling mengenali dengan baik. “Berapa kali aku mahu bilang? Bukan sembahyang tetapi solat!” Susilo membetulkan. “Yalah! Yalah!, Jom kita ke masjid awal, dapat sembahyang sunat sebelum iqamat” Fauzy terus mengajak, malas melayan pembetulan Susilo. “Kok kamu ni masih sembahyang. Yang sahih solat. Aku enggak berganjak hingga engkau betulkan ajakanmu”. “Sembahyang dan solat bukankah sama?” Fauzy mengalah, cuba memulakan rundingan. “Jauh sekali, yang benar solat. Mana kamu dapat perkataan sembahyang? Kamu kok sembah apa? “Tentu aku sembah Allah. Hanya di tempatku – Malaysia – kami menyebutnya sebagai sembahyang. Tempat kamu – Indonesia – kamu menyebutnya sebagai solat.” “Iyya! Yang sahih solat.” “Yalah, sembahyang pun sahih juga.” “Enggak!” Susilo berkeras. Suara iqamat sudah mula kedengaran dari dalam masjid. “Guys, why are you still sitting here? The prayer! The prayer! It’s gonna start any moment now!” Muhammad Kenny tiba-tiba menyapa, beliau sedang berjalan pantas ke arah masjid. “Kenny, it’s not the prayer, but it’s sembahyang” ulas Fauzy pula cuba membetulkan rakan sekuliahnya yang sudah lapan bulan memeluk Islam. Mereka bertiga sudah mula berjalan ke arah masjid. “Naa! It’s called solat. Not sembahyang, not the prayer” Susilo enggan mengalah. “Come on guys, grow up. Why do you waste lots of time and energy on trivial matters? Either sembahyang or solat or the prayer, it refers to the same act of worship. What’s important is that we are late for it.” Fauzy menjeling Susilo, Susilo membalas jelingan Fauzy.
Saya yakin para pembaca yang budiman sekalian akan tersenyum hairan membaca drama fiksyen di atas. Ketiga-tiga sahabat di atas bersembang merujuk kepada perkara yang sama, iaitu ibadat yang dimulai dengan takbir, dilaksanakan berdasarkan rukun-rukun serta sunat-sunatnya dan diakhiri dengan salam. Hanya mereka berbeza dari sudut istilah, apakah ia digelar “sembahyang” atau “solat” atau “prayer”? Ringkasnya mereka berbeza dari sudut istilah sekalipun bersama dari sudut maksudnya. Demikianlah juga apa yang berlaku di kalangan para ulama’ kita rahimahumullah. Mereka membolehkan perkara-perkara baru dilaksanakan dalam urusan agama jika ia
Hanya mereka berbeza pendapat dalam menentukan istilah yang tepat untuk digunakan. Perbezaan ini membuahkan empat pendapat atau empat istilah:
Jika kita menghalusi keempat-empat perbezaan di atas, akan ditemui bahawa ia hanya berbeza dari sudut istilah sementara bersama dari sudut maksud. Hanya persoalan yang menjadi polemik, istilah manakah yang paling tepat untuk digunakan? Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah dalam bukunya al-Sunnah wa al-Bid’ah telah menyusun sebuah bab khusus berjudul Pembahagian Ulama’ Dalam Masalah Bid’ah Dan Pendapat Yang Paling Tepat Mengenainya. Mari kita ikuti penjelasan beliau: Terdapat sebahagian ulama’ yang membahagikan bid’ah kepada bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Antara mereka juga ada yang membahagikannya kepada lima bahagian menurut lima hukum syari’at iaitu bid’ah wajib, bid’ah sunat, bid’ah makruh, bid’ah haram dan bid’ah harus. Maka pendapat yang paling tepat sekali dalam perkara ini adalah, sesungguhnya semua pandangan ini membuahkan hasil serta memberikan natijah yang sama juga pada akhirnya kerana mereka menjadikan – sebagai contoh – penulisan al-Qur’an dan pengumpulannya dalam satu mushaf, penyusunan ilmu nahu, ilmu ushul fiqh dan ilmu-ilmu Islam yang lain sebagai bid’ah yang wajib dan ia merupakan fardhu kifayah. Manakala golongan yang lain pula enggan menamakan atau memanggil perbuatan-perbuatan tersebut sebagai bid’ah dengan berkata, “Semua pembahagian bid’ah ini merupakan bid’ah dari segi bahasa sahaja sedangkan kami mengkehendaki makna bid’ah menurut syarak. Adapun perkara-perkara tersebut, kami mengeluarkan serta tidak menamakannya dengan bid’ah dan tidak sesuai jika ia disandarkan dengan panggilan bid’ah. Lebih baik kita kembali sahaja kepada hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kerana hadis ini secara jelas menyatakan “…semua bid’ah adalah sesat…”. Maka ia menyeluruh dan umum. Maka tidak patutlah kita mengatakan bahawa bid’ah ini ada yang hasanah dan ada yang sayyi’ah, ataupun ada bid’ah yang wajib, sunat, makruh, haram, harus dan sebagainya.” Maka yang sebenarnya adalah dengan mengatakan apa yang disebut dalam hadis, “Semua bid’ah adalah sesat…” dan kita maksudkan dengan bid’ah itu apa yang dinyatakan oleh Imam al-Syathibi, “Suatu jalan yang direka-reka dalam agama” yang tidak mempunyai asas, dalil serta nas sama ada daripada al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’, al-Qiyas mahupun yang memberi kemaslahatan kepada kita ataupun bukti daripada pandangan mana-mana para ulama’ muslimin.[1]
Hadis “…semua (atau setiap) bid’ah adalah sesat…” yang dimaksudkan oleh al-Qaradhawi ialah seperti berikut:
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ
وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah (al-Qur’an) sementara sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara yang baru diada-adakan dan setiap bid’ah adalah sesat.[2]
Dalam sebuah riwayat yang lain:
مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ
إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ
وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada hidayah baginya. Sesungguhnya sebenar-benar bicara ialah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara yang baru diada-adakan (dalam urusan agama) dan setiap perkara yang baru ialah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan berada di dalam neraka.[3]
Pada ketika yang lain baginda bersabda:
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
Berhati-hatilah kalian terhadap urusan yang baru diada-adakan kerana sesungguhnya setiap yang baru diada-adakan ialah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.[4]
Hadis ketiga di atas merupakan hadis ke dua puluh lapan dari Hadis 40 Imam al-Nawawi. Ketika mensyarahkan hadis ini, khususnya sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam “Setiap bid’ah adalah sesat”, Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menegaskan:
Setiap bid’ah adalah sesat, tidak terdapat petunjuk di dalamnya. Bahkan hal itu merupakan keburukan yang murni meskipun ketika melakukan hal itu ia dianggap baik, akan tetapi ia sama sekali bukan kebaikan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam “Setiap bid’ah adalah sesat”.
Atas dasar
ini, jelaslah kekeliruan orang yang telah membahagi bid’ah kepada
lima jenis atau tiga jenis. Pembahagian ini tidak benar sebab kita
mengetahui dengan yakin bahawa orang yang paling mengerti tentang
syari’at Islam (أعلم),
yang paling banyak menasihati Kemudian datanglah (generasi) sesudahnya yang mengatakan, bid’ah itu bukanlah kesesatan akan tetapi terbahagi-bahagi kepada yang baik (hasanah), harus (mubah), dibenci (makruh), diharamkan dan diwajibkan. Subhanallahil ‘Azhim! Kalaulah bukan kerana prasangka baik terhadap mereka – para ulama’ – nescaya masalah ini akan menjadi besar di mana mereka membahagi apa yang dihukumi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan kesesatan (secara keseluruhannya) kepada beberapa bahagian, bid’ah yang baik dan yang buruk. ………Jadi yang wajib untuk kita katakan ialah, kita mendengar, beriman dan mempercayai bahawa setiap bid’ah adalah kesesatan dan tidak ada kebaikan di dalamnya. Ini sebagai pembenaran kami ke atas perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kita juga berkata, apa yang disangka oleh seseorang bahawa yang dilakukannya adalah bid’ah yang baik (hasanah), maka ia memiliki beberapa kemungkinan:
Menjadi kewajipan kita untuk mengimani aqidah ini. Selain itu, tidak mungkin kita boleh berdebat (bagi membetulkan) pelaku kebatilan dengan bid’ah mereka kecuali dengan cara ini, iaitu dengan mengatakan kepadanya: “Setiap bid’ah adalah kesesatan.”[5]
Perkataan Ibn al-‘Utsaimin “Jadi yang wajib untuk kita katakan ialah, kita mendengar, beriman dan mempercayai bahawa…” merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menerangkan ciri-ciri sebenar orang beriman:
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [al-Nur 24:51]
Kesimpulannya, pendapat yang lebih tepat ialah semua atau setiap bid’ah adalah terlarang, tercela dan sesat. Seandainya ada perkara-perkara baru yang dilaksanakan:
ia tidak diistilahkan sebagai bid’ah yang hasanah, mahmudah, wajib mahupun sunat. Ia digelar dengan istilah-istilah lain, asalkan bukan bid’ah hasanah, bid’ah mahmudah, bid’ah wajib mahupun bid’ah sunat. Kesimpulan ini bukanlah bererti kita mengenepikan kehormatan kita kepada para ulama’ yang cenderung kepada istilah bid’ah hasanah, bid’ah mahmudah, bid’ah wajib dan bid’ah sunat. Hanya ia merupakan disiplin yang diajar oleh Allah apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbeza (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]
Beberapa Catatan Ke Atas Kenyataan MSBSPR.
Dalam MSBSPR 21 dinyatakan:
KESEPAKATAN ULAMA TENTANG ADANYA BID’AH YANG TERPUJI DAN TERCELABerdasarkan keterangan yang telah disebutkan dapatlah diketahui bahawa para ulama bersepakat mengenai pembahagian bid’ah antara yang terpuji dan tercela. Orang yang pertama mengatakan demikian ialah Umar r.a. Para ulama’ juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: “Setiap yang bid’ah itu sesat” merupakan hadis yang umum perlu dikhususkan.
Tidak ada yang menyanggahi kesepakatan ini melainkan Imam al-Syatibi, pengarang kitab al-I’tisam. Beliau menolak adanya pembahagian bid’ah seperti ini, dan beliau mendakwa bid’ah semuanya tercela. Walaupun begitu beliau mengakui antara bid’ah-bid’ah tersebut, ada yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma beliau tidak menamakannya sebagai bid’ah tetapi memasukkannya ke dalam kategori maslahah al-mursalah (kepentingan umum). Justeru, kelainan pandangan beliau hanya dari segi lafaz sahaja iaitu berkaitan penamaan perkara tersebut sebagai bid’ah atau maslahah. Dengan kata lain menurut beliau: Bid’ah yang dituntut tidak boleh dinamakan sebagai bid’ah yang baik tetapi hendaklah dinamakan maslahah.
Dalam notakaki 19 dinyatakan: al-Syatibi, Kitab al-I’tisam (1/35-40) (2/311-320). Sesiapa yang mahukan keterangan lebih lanjut boleh merujuk kitab terbabit yang memuatkan manfaat perbincangan yang lengkap tentang tajuk ini.
Kenyataan MSBSPR di atas memerlukan beberapa penelitian dan catatan. Ia seperti berikut:
Pertama: MSBSPR menyatakan: Berdasarkan keterangan yang telah disebutkan dapatlah diketahui bahawa para ulama bersepakat mengenai pembahagian bid’ah antara yang terpuji dan tercela. Orang yang pertama mengatakan demikian ialah Umar r.a.
Saya menyemak keterangan MSBSPR dalam helaian-helaian mukasurat sebelum kenyataan di atas, tidak ditemui dia ada menukil kenyataan ijma’ (kesepakatan) para ulama’ dalam pembahagian bid’ah kepada terpuji dan tercela. Kita meminta pihak MSBSPR bertanggungjawab dalam penulisannya dengan mengemukakan bukti ijma’ tersebut.
Kedua: MSBSPR menyatakan: Para ulama’ juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: “Setiap yang bid’ah itu sesat” merupakan hadis yang umum perlu dikhususkan.
“Para ulama’” bererti jumlah yang banyak, akan tetapi pihak MSBSPR hanya mengemukakan sebutan seorang ulama’ yang menyatakan “Setiap yang bid’ah itu sesat” merupakan hadis yang umum perlu dikhususkan, iaitu al-Nawawi rahimahullah. Selain itu ketika al-Nawawi menyebut perkara tersebut, beliau tidak menyatakan ia merupakan sesuatu yang disepakati (ijma’) oleh para ulama’ mahupun merupakan pendapat jumhur (kebanyakan) ulama’. Sekali lagi diminta pihak MSBSPR bertanggungjawab dalam penulisannya dengan mengemukakan bukti bilangan ulama’ yang ramai dan kewujudan ijma’ tersebut.
Ketiga: Merujuk kepada pembahagian bid’ah kepada terpuji dan tercela, ijma’ apakah yang dimaksudkan oleh pengarang MSBSPR? Kelihatannya ia merujuk kepada ijma’ dalam penggunaan istilah atau lafaz sebagaimana yang dia katakan sendiri ketika mengkritik pandangan al-Syathibi rahimahullah: Tidak ada yang menyanggahi kesepakatan ini melainkan Imam al-Syatibi, pengarang kitab al-I’tisam. Beliau menolak adanya pembahagian bid’ah seperti ini, dan beliau mendakwa bid’ah semuanya tercela. Walaupun begitu beliau mengakui antara bid’ah-bid’ah tersebut, ada yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma beliau tidak menamakannya sebagai bid’ah tetapi memasukkannya ke dalam kategori maslahah al-mursalah (kepentingan umum). Justeru, kelainan pandangan beliau hanya dari segi lafaz sahaja iaitu berkaitan penamaan perkara tersebut sebagai bid’ah atau maslahah. Dengan kata lain menurut beliau: Bid’ah yang dituntut tidak boleh dinamakan sebagai bid’ah yang baik tetapi hendaklah dinamakan maslahah.
Amat menghairankan, bagaimana mungkin pengarang MSBSPR mendakwa wujud ijma’ dalam pembahagian bid’ah kepada terpuji (mahmudah) dan tercela (mazmumah) padahal dia sendiri telah menukil beberapa istilah atau lafaz lain yang digunakan oleh ulama’ yang lain. Perhatikan:
Keempat: Pengarang MSBSPR melakukan fitnah ke atas sahabat yang mulia, manusia pilihan Allah untuk mendampingi Rasul yang dikasihi-Nya, penjaga Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan Amirul Mukminin, ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh apabila dia mendakwa: ……para ulama bersepakat mengenai pembahagian bid’ah antara yang terpuji dan tercela. Orang yang pertama mengatakan demikian ialah Umar r.a.
Benar bahawa ‘Umar pernah berkata sedemikian, akan tetapi ia merujuk kepada praktik melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah di belakang satu imam. Ia merupakan satu sunnah yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang pernah baginda lakukan, namun kemudian meninggalkannya. ‘Umar hanya menghidupkannya kembali pada zaman pemerintahannya. Justeru ‘Umar tidak pernah melakukan bid’ah dan tidak pernah membahagikan bid’ah kepada sekian-sekian pembahagian. Perkataan ‘Umar “Sebaik-baik bid’ah ialah yang ini” ialah bid’ah nisbiyyah, merujuk kepada satu tempoh di mana amalan sunnah itu ditinggalkan buat seketika. Bukti lain bahawa ‘Umar radhiallahu 'anh tidak melakukan bid’ah dan tidak membahagikan bid’ah ialah pada zaman pemerintah beliau di mana banyak perkara baru yang beliau laksanakan. Perkara-perkara baru itu memiliki sandaran dari dalil-dalil syara’, merupakan sesuatu yang ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana sesuatu halangan atau tiada tuntutan pada zaman baginda, merupakan sarana kepada tujuan yang syar’e dan memiliki kemaslahatan yang diisyaratkan oleh sejumlah nas.[6] Namun di sebalik semua pembaharuan itu, tidak ditemui riwayat sahih yang menerangkan ‘Umar menamakannya bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah atau bid’ah wajib dan sunat dan pelbagai lagi. Justeru nyatalah fitnah dan dusta orang yang mendakwa “……para ulama bersepakat mengenai pembahagian bid’ah antara yang terpuji dan tercela. Orang yang pertama mengatakan demikian ialah Umar r.a.”
Kelima: Pengarang MSBSPR menganjurkan di bahagian notakaki: Sesiapa yang mahukan keterangan lebih lanjut boleh merujuk kitab terbabit yang memuatkan manfaat perbincangan yang lengkap tentang tajuk ini.
Akan tetapi bukankah lebih ilmiah, adil dan mengharumkan nama jika dia sendiri yang mengemukakannya agar dapat ditatapi dan dikaji oleh para pembaca? Sebagai menyahut anjuran ini, berikut saya kemukakan keterangan al-Syathibi rahimahullah, khusus tentang dakwaan wujud ijma’ dalam pembahagian bid’ah. Setelah mengemukakan pendapat al-Qarafi rahimahullah yang menukilnya daripada Izzudin bin Abdus-Salam berkenaan pembahagian bid’ah kepada wajib, haram, sunat, makruh dan harus, al-Syathibi mengulas:
Jawapannya: Pembahagian ini adalah perkara bid’ah yang tidak memiliki dalil syari’at, bahkan masing-masing saling bertentangan kerana hakikat bid’ah yang sesungguhnya ialah ketiadaan dalil-dalil syari’at, baik dari nas-nas syari’at mahupun dari kaedah-kaedahnya. Jika terdapat dalil-dalil dari syari’at tentang ketentuan wajib, sunat, dan harus, maka ia tidak disebut bid’ah dan pengamalannya masuk dalam keumuman amal perbuatan yang diperintahkan atau dianjurkan atasnya. Sedangkan penggabungan antara ditetapkan perkara tersebut sebagai bid’ah dengan dalil-dalilnya yang menunjukkan tentang wajib, sunat atau harus (sehingga menjadi bid’ah wajib, bid’ah sunat dan bid’ah harus, maka ia) adalah penggabungan antara dua perkara yang saling bertentangan. Adapun perkara yang dibenci (makruh) dan yang diharamkan darinya, dapat diterima dari sudut statusnya sebagai bid’ah dan bukan dilihat dari sudut yang lain kerana apabila terdapat dalil yang menunjukkan larangan atau kemakruhan terhadap satu perintah, maka perintah tersebut tidak dapat ditetapkan sebagai bid’ah sebaliknya ditetapkan sebagai perbuatan maksiat seperti pembunuhan, pencurian dan minum khamar (ertinya – sebagai contoh – minum khamar bukan bid’ah yang haram tetapi maksiat yang haram). Dengan demikian, sama sekali tidak terlihat perkara bid’ah yang digambarkan dalam pembahagian tersebut selain perkara yang makruh dan haram, sebagaimana disebutkan dalam perbahasan pembahagiannya. Jadi apa yang telah disebutkan oleh al-Qarafi dari gurunya tentang ijma’ terhadap pengingkaran bid’ah maka itu benar, sedangkan (dakwaan ijma’) tentang pembahagian bid’ah seperti yang telah disebutkan (wajib, haram, sunat, makruh dan harus) maka itu tidak benar. Bahkan yang sangat menghairankan ialah cerita tentang ijma’, yang (sebenarnya) berlanggaran dengan perselisihan (para ulama’ dalam memilih pembahagian dan istilah yang sesuai) dan pengetahuan (dari nas-nas syari’at) yang menjadikan (cerita tentang ijma’ itu) semestinya menyelisihi ijma’ (bererti sebenarnya tiada ijma’), maka seakan-akan ia telah mengikuti gurunya dalam pembahagian ini tanpa meneliti terlebih dahulu.[7]
Merenung Sejenak Tentang Ijma’. al-Ijma’ merupakan salah satu dalil syari’at yang diiktiraf umat Islam sejak dari zaman awal sehingga masa kini. Tidak ada masalah dalam pengiktirafan ini. Hanya yang menjadi fokus ialah sikap sebahagian orang yang mendakwa wujud sekian-sekian ijma’ padahal yang benar wujud perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Di antara mereka ialah para ulama’ yang kita hormati lagi kasihi. Namun ia berlaku bukan kerana disengajakan tetapi kerana faktor-faktor yang sukar mereka elakkan. Yusuf al-Qardhawi hafizahullah menerangkan tentang ijma’ yang sepatutnya menjadi dalil syari’at: Saya menyatakan al-Ijma’ al-Mutayaqqin atau ijma’ yang diyakini betul kesepakatannya, kerana sebahagian ahli fiqh menukil ijma’ dalam masalah-masalah yang di sana masih terdapat perbezaan pendapat. Hal ini wajar sebab para ulama’ yang berijtihad pada masa-masa awal Islam tersebar di seluruh wilayah dan negeri serta kerana jumlah mereka banyak sehingga sulit untuk mengetahui pendapat-pendapat mereka dalam setiap masalah yang dijadikan bahan ijtihad. Faktor inilah yang menyebabkan Imam Ahmad berkata: “Sesiapa yang mendakwa ijma’, maka dia pendusta! Ini kerana siapa tahu orang-orang berbeza pendapat dalam perkara yang tidak dia ketahui? Atau berita (perbezaan pendapat) itu belum sampai kepadanya? Menghadapi masalah seperti ini, sebaiknya orang tersebut mengatakan: ‘Saya tidak mengetahui wujud perbezaan pendapat dalam masalah ini, atau berita tentang perkara ini tidak sampai kepadaku’.”.[8]
Meskipun demikian terdapat juga orang-orang yang tidak beramanah dalam mendakwa ijma’ atau menyatakan kewujudan ijma’. Terhadap orang-orang seperti ini al-Qaradhawi menukil kata-kata Abu Hanifah rahimahullah: Kesalahan paling parah yang dideritai oleh orang yang memiliki banyak ilmu ialah jenis orang yang mengatakan “Saya tidak mengetahui wujud perbezaan pendapat dalam masalah ini”. Memang dia benar dan tidak boleh disalahkan (dalam perkataannya itu kerana tidak disengajakan). Akan tetapi yang menjadi masalah ialah kejahilan, keangkuhannya dan neraka bagi orang yang mengemukakan kebohongan secara terang-terangan dengan mendakwa (sesuatu perkara) sebagai ijma’, padahal dia tidak tahu wujudnya perbezaan pendapat (dalam perkara itu).[9]
Ertinya, ada orang yang mendakwa ijma’ kerana diyakininya secara jujur wujud ijma’ padahal dalam perkara itu wujud perbezaan pendapat. Orang seperti ini tidak dipersalahkan sekalipun dakwaannya adalah salah. Ini kerana kesalahan itu tidak disengajakan. Di sebalik itu ada orang yang mendakwa ijma’ kerana sifat jahil, angkuh dan dusta yang tersemat dalam dirinya, padahal dalam perkara itu wujud perbezaan pendapat. Orang seperti ini dipersalahkan bersamaan dakwaannya yang salah. Ini kerana kesalahan itu disengajakan. Persoalan seterusnya yang lebih besar, jika benar wujud ijma’ dalam sesuatu perkara, bolehkah ijma’ itu dimansuhkan dengan ijma’ yang lain atau dibuka kepada perbincangan hukum yang menghasilkan rumusan yang lain? al-Qaradhawi memiliki bab yang khas untuk persoalan ini:
Apakah ijma’ boleh dimansuhkan?
Salah satu perbahasan penting di sini ialah jawapan dari pertanyaan ini, apakah ijma’ boleh dimansuhkan? Dalam erti, apakah ijma’ memungkinkan untuk dibatalkan dan apakah ini boleh terjadi atau tidak? Segera saya katakan bahawa ada ijma’ yang tidak dapat dibatalkan dan ada juga ijma’ yang dapat digugurkan dengan ijma’ baru. Hal ini jika ijma’ tersebut berkaitan dengan adat yang telah berganti atau maslahat satu zaman yang telah berubah. Ini kerana adat dan maslahat itulah yang menyebabkan wujudnya ijma’. Sedangkan akibat selalu bergandingan dengan sebab, ada mahupun tiada. Benar bahawa jumhur (kebanyakan) ulama’ melarang hal itu kerana ijma’ adalah hujah yang secara automatik menghalangi lahirnya ijma’ lain yang tidak sesuai dengannya. Akan tetapi Abu Abdullah al-Bashri memperbolehkannya dengan mengatakan bahawa ijma’ tidak memiliki sifat begitu kerana boleh jadi satu ijma’ bertujuan mencapai ijma’ baru, atau boleh jadi ijma’ itu hanya berlaku pada zaman tertentu dan pada zaman yang lain ijma’ itu tidak sesuai lagi sehingga memerlukan ijma’ yang baru. al-Shafi al-Hindi mengatakan “Alasan pendapat Abu Abdullah cukup kuat.” al-Razi menambahkan “Bahawa pendapat tersebut lebih utama.” Demikian juga al-Allamah al-Bazdawi, dia menyebutkan bahawa ijma’ ijtihadi boleh dimansuhkan oleh ijma’ yang serupa. Sudah tentu pendapat jumhur ulama’ tentang ketidakbolehan memansuhkan ijma’ cukup sebatas pada ijma’ naqli sahaja, iaitu ijma’ yang didasarkan pada dalil naqli, baik dari al-Qur’an ataupun al-Sunnah. Sedangkan ijma’ kedua tidak akan terbentuk kecuali dengan adanya dalil baru dari al-Qur’an dan al-Sunnah, yang mana hal ini tidak mungkin terjadi setelah wahyu terputus. Di sini saya katakan bahawa sebahagian tema ijma’ naqli tersebut masih menerima pintu ijtihad lagi, apabila nas yang dipakai disandarkan kepada satu tradisi tertentu atau kemaslahatan tertentu sehingga jika tradisi tersebut berubah maka kemaslahatannya juga berubah.[10]
[1] al-Sunnah wa al-Bid’ah, (edisi terjemahan oleh Mohd. Effy Saiful atas judul yang sama. Tiada nama penerbit dinyatakan), ms. 22. Rujuk juga edisi terjemahan oleh Abdul Hayyie al-Kattani dengan judul yang sama, diterbitkan oleh Gema Insani, Jakarta, 2000, ms. 39-41. [2] Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 867 (Kitab al-Jumu’ah, Bab meringankan solat dan khutbah). [3] Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no: 1577 (Kitab dua solat Id, Bab cara berkhutbah). [4] Sahih: Sebahagian dari hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4607 (Kitab al-Sunnah, Bab berpegang teguh kepada sunnah). [5] Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, ms. 424-427 secara berpisah-pisah, dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan. [6] Para ulama’ rahimahumullah telah menyusun beberapa kitab khas yang mengupas pembaruan yang dilakukan oleh ‘Umar radhiallahu 'anh pada zaman pemerintahan beliau. Di antaranya, rujuk kitab Minhaj ‘Umar bin al-Khaththab fi al-Tasyri’ oleh Dr. Muhammad Baltaji (edisi terjemahan oleh Masturi Irham atas judul Metodologi Ijtihad Umar bin al-Khathab; Khalifa, Jakarta, 2005). [7] al-I’tisham, ms. 217-218 dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan. [8] Taisir al-Fiqh li al-Muslimin al-Mu‘ashirah fi Dhau’i al-Qur’an wa al-Sunnah (edisi terjemahan oleh Zuhairi Misrawi & Imdadun Rahmah atas judul Fikih Taysir: Metode Praktis Mempelajari Fikih; al-Kautsar, Jakarta, 2001), ms. 66 dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan. Rujukan ini seterusnya diringkaskan sebagai Taisir al-Fiqh sahaja. [9] Taisir al-Fiqh, ms. 67 dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan. [10] Taisir al-Fiqh, ms. 73-74 dengan beberapa suntingan bahasa dan penjelasan tambahan dalam kurungan. Seterusnya dalam buku ini al-Qaradhawi mengemukakan contoh bagaimana beliau berbeza pendapat dengan satu ijma’ dalam persoalan zakat.
|