HADIS-HADIS MUSYKIL TENTANG WANITA
Pengenalan
Dan Kaedah Memahaminya.
Apa yang dimaksudkan
sebagai hadis-hadis musykil tentang wanita ialah beberapa hadis Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang
pada zahirnya kelihatan merendah-rendahkan dan menghina wanita. Hadis-hadis
seperti ini masyhur digunakan oleh para orientalis untuk mengkritik Islam dan
oleh para modernis untuk mengkritik hadis Nabawiyah secara sebahagian
atau keseluruhan.
Penulis tidak
bercadang untuk membahas kedudukan wanita dalam Islam kerana telah banyak
bahan-bahan bertulis yang sedia ada tentangnya[1].
Di sini penulis hanya akan memberikan tumpuan kepada hadis-hadis yang dianggap
musykil tentang wanita. Kemusykilan hadis-hadis ini dapat dihilangkan dengan:
Mengkaji
isnad hadis tersebut, adakah ianya sahih atau dha‘if. Sebahagian besar hadis-hadis yang musykil tentang wanita adalah
sangat dha‘if, palsu atau tidak memiliki asal usulnya, seperti:
(a)
Kalau bukan kerana wanita nescaya Allah disembah dengan
sebenar-benarnya.[2]
(b)
Bermusyawarahlah kalian (lelaki) dengan mereka (wanita) dan (kemudian)
tentanglah pendapat mereka.[3]
(c)
Tentanglah oleh kamu pendapat kaum wanita kerana dalam menentang
pendapat mereka terdapat keberkatan.[4]
(d)
Mematuhi wanita bererti penyelasalan.[5]
(e)
Celakalah kaum lelaki ketika mereka mentaati kaum wanita.[6]
(f)
Tidak boleh kahwin dengan wanita kecuali yang sedarjat.[7]
(g)
Janganlah kamu kahwin dengan wanita yang bodoh kerana berkahwin
dengannya adalah satu bala manakala anak keturunannya adalah sia-sia.[8]
(h)
Memandang ke wajah wanita yang cantik dan sesuatu yang hijau akan
menambah kesegaran mata.[9]
(i)
Jika tidak kerana wanita kaum lelaki pasti masuk syurga.[10]
(j)
Janganlah kamu memberi tempat kepada mereka (wanita) di dalam
kamar-kamar dan jangan kamu ajar mereka menulis, tetapi ajarlah mereka bagaimana
memintal benang dan surah al-Nur.[11]
Menggandingkan hadis tersebut dengan lain-lain hadis sehingga dapat
difahami apakah maksud sebenar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Mengkaji latar belakang dan suasana persekitaran Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
menyampaikannya sehingga dapat dikenal pasti adakah hadis tersebut umum untuk
semua sepanjang zaman atau khusus untuk seseorang individu pada satu ketika.
Berikut dikemukakan
beberapa hadis muyskil yang masyhur dipersoalkan.
[1]
Antara yang
penulis syorkan ialah:
[1]
Wanita Sempurna Menurut Pandangan
Islam oleh Muhammad Imran (terj: Fathilah M.
Alipiah; Dar al-Alami, Kuala Lumpur 1993).
[2] Women in
Shari‘ah (Islamic Law) oleh ‘Abdul Rahman I.
Doi (A.S. Noordeen, Kuala Lumpur 1990).
[3]
Woman in Islamic Syari‘ah oleh
Wahiduddin Khan (The Islamic Centre, Delhi
1995).
[4]
Jatidiri Wanita Muslimah oleh M.
‘Ali al-Hasyimy (terj: ‘Abdul Ghoffar; al-Kautsar,
Jakarta 2000).
[5]
Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan
Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam oleh
Fatima ‘Umar Nasif (terj: B. Wirasubrata &
Kundan Nuryakien; Cendekia Sentra Muslim,
Jakarta 2001).
[6] Kebebasan
Wanita oleh ‘Abdul Halim Abu Syuqqah (terj:
Chairul Halim; Gema Insani, Jakarta 1997). Telah
juga diterbit di Malaysia oleh Jahabersa, lihat
http://www.jahabersa.com.my/store/My/productdetail.asp?ISBN=983-077-430-9
[7] Wanita
Menurut Syari‘at Islam dan Peradaban Moden
oleh Mustafa al-Sibai’ (terj: Halimuddin;
Pustaka Antara 1986).
[2]
Lihat Nasr al-Din
al-Albani – Silsilah Hadits
Dha‘if
dan Maudhu’(terj: A.M. Basalamah;
Gema Insani, Jakarta 1995) – no: 56.
[3]
Silsilah Hadits Dha‘if dan Maudhu’
– no: 430.
[4]
Silsilah Hadits Dha‘if dan Maudhu’
– no: 430.
[5]
Silsilah Hadits Dha‘if dan Maudhu’
– no: 435.
[6]
Silsilah Hadits Dha‘if dan Maudhu’
– no: 436.
[7]
Lihat A. Yazid
dan Qasim Koho – Himpunan Hadits-hadits Lemah
dan Palsu (Bina Ilmu, Surabaya 2000) –
no: 317.
[8]
Himpunan Hadits-hadits Lemah dan Palsu
–
no: 318.
[9]
Himpunan Hadits-hadits Lemah dan Palsu
–
no: 440.
[10]
Himpunan Hadits-hadits Lemah dan Palsu
–
no: 513.
[11]
Himpunan Hadits-hadits Lemah dan Palsu
– no: 514.