|
FIQH HARTA: SATU PENGENALAN
Bahagian A: Fiqh Membelanjakan Harta
|
|
Islam memiliki garis panduan mudah berkenaan membelanjakan harta. Caranya, janganlah boros mahupun kedekut:
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (kedekut) dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros) kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela (kerana sikap kedekut itu) dan menyesal (kerana sikap boros itu). [al-Isra’ 17:29]
Sebaliknya hendaklah berada di pertengahan di antara boros dan kedekut. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman berkenaan ciri-ciri orang yang diredhai oleh-Nya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampaui batas (boros) dan tidak kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan kedekut) itu. [al-Furqan 25:67]
Sikap boros ditegah kerana:
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. [al-Isra’ 17:27]
Maksud boros ialah menggunakan harta secara sia-sia tanpa membezakan sama ada pemboros itu memiliki harta yang banyak atau sedikit. Seseorang yang menghisap rokok sekalipun pada kadar sebatang sehari merupakan pemboros tanpa dibezakan sama ada dia seorang pelajar yang menerima biasiswa RM300.00 setiap bulan atau seorang ahli niaga yang memperoleh keuntungan bersih RM3000.00 setiap hari.
Lawan kepada sikap boros ialah kedekut, ia juga ditegah kerana:
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, iaitu orang-orang yang kedekut dan menyuruh manusia supaya bersikap kedekut serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya. [al-Nisa’ 4:36-37]
Pada masa kini terdapat banyak buku yang mengupas cara belanjawan yang efektif. Buku-buku ini boleh dimanfaatkan dengan syarat pembacanya terlebih dahulu menguasai ilmu fiqh harta di dalam Islam. Tanpa ilmu ini, pembaca tidak akan mampu membezakan sama ada yang ditulis dalam buku-buku tersebut adalah haram atau halal, adil atau zalim, dianjurkan atau ditegah.
Sebagai contoh, saya pernah membaca sebuah buku yang menyarankan agar semua pembelian dilakukan dengan kad kredit dan bukan secara tunai. Wang tunai hendaklah disimpan dalam bank agar dengan itu kita dapat memperoleh bunganya. Apabila bil kad kredit diterima dalam masa sebulan selepas pembelian, seseorang itu akan memperoleh sekurang-kurangnya bunga yang bernilai sebulan bagi wang simpanannya.
Saranan ini tidak selari dengan ajaran Islam kerana:
|