|
FIQH HARTA: SATU PENGENALAN
Bahagian C: Fiqh Menyimpan Harta
|
|
Keempat: Berhati-Hati Terhadap Fitnah Harta. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ. Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah dan fitnah bagi umatku ialah harta.[1]
Harta adalah sesuatu yang jika diuruskan dengan betul, ia akan menarik kita ke arah syurga. Akan tetapi jika diuruskan dengan salah, ia akan menolak kita ke arah neraka. Sayang sekali di antara pengurusan yang betul dan salah, harta lebih kerap diurus dengan cara yang salah. Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam amat bimbang akan nasib umatnya apabila berinteraksi dengan harta. Sejak awal baginda telah mengingatkan bahawa antara fitnah yang terbesar bagi kita ialah harta.
Fitnah yang terkandung di dalam harta tidak bermakna kita patut meninggalkan harta. Sebaliknya yang patut kita lakukan ialah sentiasa berhati-hati apabila berinteraksi dengan harta. Di sini sekali lagi terdapat bukti akan kepentingan subjek fiqh harta agar dengan itu kita terpelihara dari kesalahan-kesalahan dalam mengurusi harta. Justeru apabila berinteraksi dengan harta, jangan lalai dari mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala. Secara lebih mendalam, jangan lalai dari mengingati hukum-hukum Allah apabila berinteraksi dengan harta. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [al-Munafiqun 63:09]
Kelalaian boleh berlaku dalam empat penjuru:
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2336 (Kitab al-Zuhud, bab berkenaan bahawa fitnah bagi umat ini ialah harta).
|