|
FIQH HARTA: SATU PENGENALAN
Bahagian A: Fiqh Mencari Harta
|
|
Kesembilan: Antara Harta Dan Dakwah.
Beberapa rakan pernah mencadangkan kepada saya untuk berhenti bekerja sebagai juruterbang dan menjadi seorang pendakwah sepenuh masa. Saya tidak setuju. Ini kerana dengan bekerjaya, seseorang itu memperoleh harta yang dapat membantu usaha dakwahnya. Kepentingan harta bagi usaha dakwah pernah diterangkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ.
Tidak ada harta kekayaan yang bermanfaat sama sekali untukku sebagaimana manfaatnya harta Abu Bakar. Ketika mendengar pengakuan ini, Abu Bakar menangis seraya berkata: “Aku dan hartaku hanyalah untukmu wahai Rasulullah!”[1]
Kerap kali kita melihat seorang pendakwah mengurusniagakan Islam kerana dia tidak memiliki sumber perolehan harta yang tersendiri, yang bebas dari kerja dakwahnya. Mengurusniagakan Islam yang saya maksudkan ialah:
Seandainya seorang pendakwah sudah memiliki sumber perolehan harta yang bebas dari kerja dakwahnya, dia tidak akan mengurusniagakan Islam. Kerja-kerja Islamnya akan bebas dan bersih dari unsur-unsur yang berkaitan dengan harta. [1] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 77 (Muqaddimah, Bab keutamaan Abu Bakar)
|