|
FIQH HARTA: SATU PENGENALAN
Bahagian A: Fiqh Mencari Harta
|
|
Pertama: Kedudukan Harta Dalam Islam. Apabila kita berbicara tentang harta, ketahuilah bahawa umat Islam secara umumnya terbahagi kepada tiga kumpulan:
Kebenaran terletak pada kumpulan ketiga. Dalilnya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka yang membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. [al-Hadid 57:07] Dr. ‘Abd Allah al-Mushlih dan Dr. Shalah al-Shawi menerangkan: Harta pada dasarnya milik Allah. Manusia seluruhnya hanya bertugas mengurusinya. Orang yang bertugas mengurusinya tentu tidak berhak keluar dari aturan dan tujuan pemilik harta. Kalau itu dilakukan, maka orang itu kehilangan peranannya sebagai pengurus harta. Maka kurniaan tersebut (yakni harta) sepatutnya berpindah daripada dirinya kepada orang yang lebih tepat melakukan tugas tersebut dan lebih mampu menjaga apa yang menjadi hak harta itu.[2]
Oleh itu kita perlu sedar dan akur bahawa harta bukanlah milik kita. Ia merupakan milik Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diamanahkan kepada kita untuk mengurusinya dengan cara yang dikehendaki-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur: يَقُولُ الْعَبْدُ: مَالِي! مَالِي! إِنَّمَا لَهُ مِنْ مَالِهِ ثَلاَثٌ: مَا أَكَلَ فَأَفْنَى أَوْ لَبِسَ فَأَبْلَى أَوْ أَعْطَى فَاقْتَنَى وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ.
Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!” Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga: (1) Apa yang dia makan hingga habis, (2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan (3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat. Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia.[3]
[1] Penjelasan akan maksud di antara dalil yang mencela harta serta memuji harta telah saya kemukakan dalam buku Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah terbitan Jahabersa, Johor Bahru. [2] Ma La Yas‘a al-Tijaru Jahluhu (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyir atas judul Fikih Ekonomi Keuangan Islam; Darul Haq, Jakarta, 2004), ms. 1 dengan beberapa suntingan bahasa. Rujukan ini seterusnya akan diringkaskan sebagai Fikih Ekonomi Keuangan Islam sahaja. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2959 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqa’iq).
|