Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan
Hafiz Firdaus Abdullah

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, salam dan selawat ke atas Rasulullah serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

 

 

Buku ini merupakan edisi baru daripada edisi sebelumnya yang berjudul Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa. Bagi edisi baru ini, saya memuatkan beberapa risalah tambahan yang ditulis oleh saya dan beberapa rakan yang lain.

 

Sekali pun buku ini saya beri judul Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan, ia sebenarnya memuatkan risalah-risalah yang membicarakan amalan-amalan di bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan Syawal. Saya pada awalnya bercadang meletakkan tajuk Amalan-Amalan Di Bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan Syawal. Walaubagaimana dirasakan lebih sesuai dengan tajuk yang ringkas, maka saya ringkaskan ia menjadi Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.

 

Selamat mengkaji dan menganalisa. Sebahagian maklumat dalam buku ini berbeza dari apa yang biasa diajar dan diamalkan. Kajilah ia secara adil. Jika setuju, amalkan. Jika tidak, tangguhkan. Pada waktu yang sama saya sentiasa mengalu-alukan apa-apa pembetulan dan pandangan daripada para pembaca sekalian.

 

Semoa Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima amalan kita semua.

 

Wassalamu ‘alaikum waRahmatullah,

 

 

Hafiz Firdaus Abdullah

4 Januari 2008

 

kandungan