|
Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan |
|
Jom Berhari Raya (‘Ied Al-Fithri) Bersama Rasulullah. Oleh: Mohd. Yaakub Mohd. Yunus & Hafiz Firdaus Abdullah[1] Definisi ‘Ied Al-FithriSecara bahasa ‘Ied adalah sesuatu yang berlaku secara berulang-ulang atau suatu hari yang terjadi perkumpulan. Menurut Ibnul ‘Arabi rahimahullah: Hari raya disebut ‘Ied, kerana hari itu kembali muncul setiap tahun dan membawa kegembiraan baru.[2]
Fithri atau fitrah pula bermaksud sediakala atau sifat asal. Justeru itu Hari Raya ‘Ied al-Fithri adalah salah satu dari hari kebesaran umat Islam yang disambut pada tanggal 1 Syawal setiap tahun bagi menyambut kejayaan umat Islam setelah berjaya menyempurnakan ibadah sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dan kembali kepada fitrah iaitu sifat asal manusia yang dibenarkan makan dan minum sepanjang hari. Menurut al-‘Allamah Ibnu ‘Abidin rahimahullah:
Disebut ‘Ied, kerana pada hari itu Allah Ta’ala memiliki berbagai macam kebaikan yang akan kembali kepada hamba-hambaNya setiap hari, yang di antaranya (tidak berpuasa) setelah adanya larangan makan dan minum (pada bulan Ramadan), zakat fitrah, … Dan kerana kebiasaan yang berlaku pada hari tersebut adalah kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan dan hubur (kenikmatan).[3]
Dalil disyari’atkan ‘Ied al-Fithri sebagai hari kebesaran bagi umat Islam adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: “Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya ‘Ied al-Adha dan ‘Ied al-Fithri.”[4]
Amalan-Amalan Yang Disunnahkan Pada Hari Raya ‘Ied Al-Fithir
Kesimpulan Demikianlah sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berhari Raya. Di antara sunnah-sunnah tersebut adalah memiliki nilai hukum, ada yang memiliki nilai anjuran dan ada yang terbuka kepada uruf (kebiasaan) masyarakat mengikut masa dan tempat. Hayatilah ia dan ikutilah ia, nescaya kita seolah-olah berhari Raya bersama Rasulullah sekali pun kita hidup lebih 1400 tahun selepas kewafatan baginda.
[1] Risalah ini asalnya susunan sahabat saya Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus. Kemudian saya (Hafiz Firdaus) meringkaskannya agar sesuai dijadikan sebagai risalah atau nota kuliah. Pada waktu yang sama saya menambah beberapa penjelasan yang dirasakan perlu agar ia lebih releven dengan amalan masyarakat kita. Penjelasan tambahan ini saya letak di bahagian notakaki. [2] Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari (edisi terjemahan oleh M. Abdul Ghoffar E.M., Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Jakarta 2005), ms. 11. [3] Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 11. [4] Hadis riwayat Imam al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959. [5] al-Baqarah (2) : 185 [6] Majmu’ Fatawa, jilid 24 ms. 220 dan 221. Penulis nukil daripada artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris S yang diterbitkan oleh Majalah As-Sunnah Edisi 07/VIII/1425H/2004M, ms. 39. [7] Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Syaibah di dalam Mushannaf, hadis no: 5649. [8] Hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/315) [9] Hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/316) [10] Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32. [11] al-Hajj (22) : 32 [12] Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 415-416. [13] Sanad yang maushul (bersambung) bermaksud sanadnya bersambung sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. [14] Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, (Edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta 2004) Jilid 5, ms. 315. Selepas ini kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari sahaja. Hafiz Firdaus: Ada pun cara bertakbir, maka ia adalah umum sebagaimana keumuman dalil yang menganjurkannya. Oleh itu bertakbir boleh secara bersendirian atau berkumpulan, sama ada secara serentak atau dipimpin oleh seseorang. Semuanya bergantung kepada suasana ketika sedang bertakbir. Yang dilarang adalah menetap atau mengkhususkan cara bertakbir kepada satu cara sahaja sehingga orang ramai menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk bertakbir. Ada pun lafaz takbir yang pelbagai pada masa kini, yang lebih utama adalah lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat sebagaimana yang dikemukakan di atas. Sekali pun dalam riwayat-riwayat tersebut tidak dinyatakan bahawa ia berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dalam kaedah usul fiqh sedia diterangkan bahawa perbuatan sahabat dalam ibadah memiliki nilai marfu’, iaitu berasal daripada Rasulullah, sekali pun mereka tidak menyandarkan secara jelas kepada baginda. [15] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Ma’ad Bekal Menuju Ke Akherat, (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, Jakarta 1999), ms. 48. Di mukasurat seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Zaadul Ma’ad sahaja. [16] Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i, I/118-119. [17] Dinukil dari artikel karangan Abu Ihsan al-Atsari bertajuk Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya ‘Iedul Fitri yang diterbitkan oleh majalah As-Sunnah, edisi 08/VII/1424H/2003M, ms. 23. [18] Namun begitu untuk Hari Raya ‘Ied al-Adha adalah disunnahkan untuk makan setelah dilaksanakan solat ‘Ied. Imam al-Syafi’i rahimahullah berkata: Diriwayatkan dari Ibnu Musayyib dia berkata: “Kaum muslimin makan pada Hari Raya ‘Ied al-Fithri sebelum mereka berangkat ke tempat solat, namun mereka tidak melakukan hal itu pada Hari Raya ‘Ied al-Adha.” (Ringkasan Kitab Al-Umm (peringkas dan pentahqiq oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan oleh Mohammad Yasir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, 2004, Jakarta) jilid 1, ms. 326,) [19] Dinukil dari Fathul Baari, jilid 5, ms. 272. [20] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 953. [21] Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab Al-Umm, jilid 1, ms. 327. [22] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Za’adul Maad, ms. 48. Hafiz Firdaus: Bezakan antara pakaian yang indah dengan pakaian yang baru. Ada yang memahami anjuran memakai yang indah bererti membeli pakaian yang baru. Ini kemudiannya diperluaskan kepada membeli pelbagai kelengkapan rumah yang baru seperti langsir, sofa, meja makan, permaidani dan sebagainya. Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya menganjurkan pakaian yang indah dimana ia tidak semestinya baru dibeli. Ada pun membeli pelbagai pakaian dan kelengkapan rumah yang baru, ia adalah satu tindakan yang menjauhi sunnah baginda, kerana sudah masuk dalam kategori pembaziran dan menunjuk-nunjuk. [23] Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi di dalam Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Jamaah, hadis no: 487. [24] Dinukil dari Fathul Baari, jilid 5, ms. 286. [25] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 986. [26] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Za’adul Maad, ms. 49. [27] Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.341. [28] Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282. [29] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 956. [30] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jamaah, hadis no: 1190. [31] Penulis nukil dari artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris S, ms. 40. [32] Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, Koreksi Total Ritual Shalat, (edisi terjemahan oleh W. Djunaedi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 394. [33] al-Baqarah (2) : 185 [34] Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 298-299. [35] Namun begitu janganlah disebabkan di Malaysia Solat ‘Ied al-Fithri tidak dilaksanakan di musholla maka ada yang beranggapan tidak perlu untuk menunaikan solat tersebut kerana menghindari amalan bid’ah. Insya Allah penulis akan membahaskan hukum solat ‘Ied al-Fithri di dalam risalah ini. Menunaikan solat ‘Ied al-Fithri di masjid diperbolehkan oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah sekiranya masjid tersebut mampu menampung seluruh penduduk di daerah tersebut. Imam al-Syafi’i berkata: Jika sesebuah masjid di dalam sebuah daerah dapat menampung seluruh penduduk, maka menurut saya mereka tidak perlu lagi pegi ke tanah lapang (untuk mengerjakan solat ‘Ied al-Fithri). Tetapi jika tidak dapat menampung seluruh penduduk, maka tidak dianjurkan melakukan solat ‘Ied di dalamnya. (Dinukil daripada Fathul Baari, jilid 5, ms. 283) Dari fatwa Imam al-Syafi’i ini maka al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah membuat kesimpulan seperti berikut: Dari sini dapat disimpulkan, bahawa permasalahan ini sangat bergantung kepada luas atau sempitnya sesuatu tempat, kerana diharapkan pada Hari Raya itu seluruh masyarakat dapat berkumpul di suatu tempat. Oleh kerana itu, jika hal itu dapat dilakukan di dalam masjid, maka melakukan solat ‘Ied di dalam masjid lebih utama daripada di tanah lapang. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 283) Apa pun jua, mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah lebih utama kerana hadis-hadis baginda bersifat umum tanpa meletakkan sebarang syarat berkaitan keluasan atau kesempitan sesebuah masjid dalam menentukan tempat untuk di laksanakan solat ‘Ied al-Fithri. Wallahu’alam [36] Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunan al-Nasa’i, Kitab al-Sholah, hadis no: 457. [37] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 981. [38] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 980. Hafiz Firdaus: Para ulama’ yang memandang Solat ‘Ied sebagai sunat mu’akkadah berhujah, bahawa kedua-dua hadis di atas tidak bermaksud memberi hukum wajib. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memerintah semua wanita untuk keluar tanpa membezakan sama ada mereka sedang haid atau tidak dan tanpa membezakan sama ada mereka memiliki pakaian yang menuntup aurat atau tidak. Ini menunjukkan tindakan Rasulullah memerintahkan mereka keluar bukanlah kerana wajib mendirikan solat ‘Ied, tetapi wajib meraikan Hari ‘Ied. Seandainya perintah Rasulullah bermaksud mewajibkan solat ‘Ied, nescaya baginda tidak akan menyuruh para wanita yang haid dan tidak menutup aurat untuk keluar kerana mereka sememangnya dalam keadaan tidak boleh mendirikan solat. [39] Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103. [40] Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904. Hafiz Firdaus: Para ulama’ yang memandang Solat ‘Ied sebagai sunat mu’akkad berhujah, pengguguran solat Jumaat adalah satu rukhsah (kelonggaran hukum) yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya sehingga tidak layak dijadikan hujah akal. Jika hendak digunakan logk akal, maka sesuatu yang menggugurkan ibadah yang wajib tidaklah semestinya bersifat wajib juga. Sebagai contoh, musafir telah menggugurkan kewajipan solat empat rakaat kepada dua rakaat (Solat Qasar). Apakah dengan itu dikatakan musafir hukumnya adalah wajib? Tentu tidak. Jawapannya yang tepat adalah pengguguran kewajipan solat empat rakaat kepada dua rakaat (Solat Qasar) adalah rukhsah yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Maka jika hari ‘Ied dan Jumaat adalah sama, pengguguran solat Jumaat bukanlah dalil kewajipan solat ‘Ied tetapi rukhsah yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam. [41] Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 47-48. [42] Hanya sahaja di Malaysia ini solat ‘Ied dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ. Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444) [43] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 989. [44] Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968. Hafiz Firdaus: Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat ‘Ied berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat. [45] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 989. [46] Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970. Hafiz Firdaus: Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur: 1. Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat ‘Ied. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat ‘Ied. 1 + 5 = 6. 2. Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat ‘Ied. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat ‘Ied. 1 + 4 = 5. Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat ‘Ied dalam pendapat yang dipilihnya. [47] Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396. [48] Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61. [49] Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286. [50] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49. [51] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat ‘Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat. [52] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 956. [53] Hafiz Firdaus: Seolah-olah Ibnu al-Qayyim meragui kualiti sanad hadis tersebut. Yang benar ia adalah dhaif, rujuk keterangan Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari dalam bukunya Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 72. Bertakbir sempena ‘Ied al-Fithri berhenti dengan terdirinya solat ‘Ied al-Fithri. [54] Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49. [55] Dinukil dari kitab 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali, ms. 424. [56] Ini tidak lain menunjukkan sikap keterbukaan Imam al-Nawawi rahimahullah memandangkan pendapat ini sebenarnya bercanggah dengan pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah yang mengsunnahkan bagi imam memisahkan antara dua khutbahnya dengan duduk ketika solat ‘Ied. Inilah sikap yang sepatutnya kita ambil dalam bermazhab. Sekiranya terdapat hujjah yang lebih kukuh dari pendapat mazhab yang kita pegangi, maka sepatutnya kita meninggalkan pendapat tersebut dan mengikuti al-Qur’an dan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sebenarnya Imam al-Syafi’i rahimahullah sendiri telah melarang kita untuk taksub terhadap pendapatnya. Menurut beliau: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Diriwayatkan oleh Harawi di dalam Dzamm al-Kalam, al-Khatib di dalam Ihtijaj bi al-Syafi’i, Ibnu Asakir, al-Nawawi di dalam al-Majmu’, al-Fullani, Ibnul Qayyim, Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi karya Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani, ms. 58) Penulis ingin menganjurkan para pembaca yang budiman untuk mendapatkan sebuah buku bertajuk Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah terbitan Jahabersa. [57] Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 975. [58] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 978. [59] Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 2, ms. 290. [60] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 950. [61] Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari Hisham yang menyebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: يَا أَبَا بَكْر! إِنَّ لِكُلِّ قَوْم عِيدًا وَهَذَا عِيدنَا. Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum memiliki Hari Raya, dan hari ini adalah Hari Raya kita. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini merupakan alasan baginda untuk membiarkan kedua budak perempuan tersebut tetap menyanyi. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 260) [62] Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-‘Iedaini, hadis no: 949. [63] Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms 262. Hafiz Firdaus: Oleh itu kebiasaan masyarakat kita dalam berhari Raya seperti bersalaman dengan orang tua sambil meminta maaf, saling mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”, menjamu rendang, lemang, ketupat dan kuih-muih serta melanjutkan sambutan Hari Raya sehingga genap sebulan adalah sesuatu yang dibolehkan. Ia tidak menyalahi syari’at mahu pun sunnah selagi mana dalam kebiasaan tersebut tidak dilakukan sesuatu yang mungkar atau ibadah yang bid’ah.
|