MARI BERKENALAN DENGAN

AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

 

 

hafiz firdaus abdullah

 

   

Berkenalan Dengan Ciri - Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Dalam:

 

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

 

 

 

Pengenalan:

Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam terbahagi kepada dua ekstrim. Ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir. Pemikiran ini antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik (ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada melakukan yang mungkar.

Pemikiran seperti ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sesiapa sahaja yang memiliki pemikiran yang matang lagi luas. Ini kerana mana-mana individu yang melakukan sesuatu yang ma’ruf atau mungkar atas dasar haknya yang tersendiri, lambat laun tetap akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Lebih merosakkan adalah fitrah manusia yang lebih cenderung kepada yang mungkar, dimana kemungkaran yang dilakukannya secara berseorangan dalam suasana terbuka lambat laun tetap akan memberi kesan negatif kepada orang di sekelilingnya secara khusus dan masyarakat secara umum.

Ekstrim kedua adalah mereka yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi tanpa memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka adalah orang-orang Islam yang sayangkan agama dan umatnya serta ingin mengembangkan yang ma’ruf dan menyusutkan yang mungkar di tengah-tengah masyarakat yang bergelombang dengan pelbagai cabaran luar dan dalam. Akan tetapi semangat mereka mendahului ilmu dan kematangan sehingga usaha mereka melahirkan hasil yang sebaliknya, yang ma’ruf tetap pada tahap yang minimum manakala yang mungkar tetap kekal atau malah bertambah lagi.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah berada di pertengahan antara dua ekstrim di atas, dimana amar ma’ruf dan nahi mungkar dilaksana berdasarkan syarat-syaratnya.

 

A - E

 

F - G

 

H - L

 

 

 

kandungan