|
MARI BERKENALAN DENGAN AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH
hafiz firdaus abdullah
|
||
|
Berkenalan Dengan Ciri - Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Dalam:
Akhlak
Pengenalan: Subjek akhlak sering kali tertinggal daripada perhatian seseorang yang berusaha untuk memperbaiki agamanya. Lazimnya pembaikan hanya ditujukan dalam subjek aqidah dan fiqh, lalu ia berhenti di situ sahaja. Maka kerana itu tidak hairanlah jika kita menemui:
Sikap seperti ini perlu diperbetulkan. Subjek akhlak perlu diberi perhatian yang serius, bahkan pada masa kini mungkin kepada tahap yang lebih tinggi berbanding subjek-subjek yang lain. Hakikat ini pernah disentuh oleh al-Albani:
Telah kita ketahui bersama sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (yang bermaksud) “Agama adalah nasihat, agama adalah nasihat, agama adalah nasihat!” Para sahabat bertanya: “Bagi siapa Rasulullah?” Baginda menjawab: “Bagi Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin secara umum.”[1]
Kita, kaum muslimin sekarang ini, termasuk “kaum muslimin secara umum” yang wajib bagi setiap pemberi nasihat mengarahkan nasihatnya kepada mereka. Secara lebih khusus, kita, al-Salafiyyah[2] yang mewakili sisi besar dari jumlah kaum muslimun yang sangat banyak. Al-Salafiyyah merasa bangga kerana Allah telah memuliakan kita dengan memudahkan kita untuk memahami tauhid yang merupakan dasar keselamatan di akhirat dari azab yang abadi. Tauhid ini telah kita pelajari, telah kita fahami dengan baik serta telah kita realisasikan dalam aqidah kita.
Namun kesedihan memenuhi hati saya……saya merasa bahawa kita tertimpa penyakit ghurur (terperdaya) dengan diri sendiri, tatkala kita telah sampai pada aqidah ini dan perkara-perkara yang merupakan hasil dari aqidah yang telah kita ketahui bersama, seperti beramal dengan al-Kitab dan al-Sunnah serta tidak berhukum kepada selain al-Kitab dan Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kita telah melaksanakan hal ini yang merupakan kewajipan bagi setiap muslim, iaitu pemahaman yang benar terhadap tauhid dan beramal dengan al-Kitab dan al-Sunnah terkait dengan hukum fiqh dimana umat Islam telah berpecah menjadi beragam mazhab dan telah menempuh jalan yang berbeza-beza seiring berjalannya waktu yang panjang selama bertahun-tahun.
Hanya saja nampaknya, dan inilah yang saya ulang-ulang dalam banyak pengajian, dunia Islam ini lalai dari sisi-sisi yang sangat urgent dari ajaran Islam yang kita jadikan pusat pemikiran kita secara umum dan mencakup seluruh sendi kehidupan. Di antara sendi yang urgent tersebut adalah akhlak yang mulia dan istiqamah dalam perjalanan (menjalankan agama).
Banyak dari kita yang tidak peduli berkenaan sisi ini (akhlak yang mulia) padahal kita semua membaca dalam kitab-kitab Sunnah yang sahih mengenai sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (yang bermaksud): “Sesungguhnya seseorang dengan akhlak yang mulia dapat mencapai darjat orang yang berjaga sepanjang malam (kerana solat) dan orang yang kehausan di siang yang panas (kerana berpuasa).”[3]
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 55 (Kitab al-Iman, Bab sebahagian dari agama adalah nasihat) . [2] Al-Salafiyyah adalah nama lain bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang mengikuti jejak langkah al-Salaf al-Shalih. [3] Kaset Silsilah al-Huda wa al-Nur, no: 23, dinukil dengan beberapa suntingan bahasa dari buku Lerai Pertikaian, Sudahi Pemusuhan: Menyikapi Fenomena Hajr di Indonesia karya Firanda Ibnu ‘Abidin, ms. 239-241. Hadis terakhir di atas darjatnya hasan berdasarkan beberapa jalan periwayatan yang menguatkannya. Rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 794.
|
||