|
36 Kritikan Ke Atas Buku
Hafiz Firdaus Abdullah |
||
|
# 5: Nukilan Fath al-Bari yang disembunyikan.
ASSSDK 8: Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika mengulas kenyataan Abdullah Ibnu Abbas tadi telah Berkata: “Hadis ini menjadi dalil harus berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu. Berkata Imam al-Nawawi: “Imam al-Syafi’e dengan berdasarkan Hadis ini telah memberikan pendapat bahawa para imam disunatkan menyebut kalimah-kalimah zikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu dalam tempoh waktu tertentu saja dan bukannya dilakukan secara berterusan dan selamanya, setiap kali selesai solat lima waktu. Ini kerana matlamat berzikir secara nyaring adalah bertujuan untuk mengajar para makmum kalimah-kalimah zikir dan bagaimana cara berzikir dengan betul dan mengikut sunnah. Pendapat yang dipilih oleh Imam al-Syafi’e ialah sesungguhnya imam dan makmum disunatkan berzikir secara perlahan melainkan seorang imam yang berhajat mengajar para makmumnya.”
Kritikan: Ketika menukil kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di atas dalam teks arabnya, pihak ASSSDK telah menyatakan di akhirnya bahawa ia adalah nukilan secara ringkas (انتهى ملخصا). Akan tetapi ketika memberikan terjemahan atau maksudnya, tidak pula dinyatakan bahawa ia merupakan nukilan secara ringkas. Apakah pihak ASSSDK memiliki muslihat untuk memperdaya pembaca yang tidak tahu bahasa arab atau mereka terlupa? Kita bersangka baik, bahawa mereka sebenarnya terlupa. Lebih penting, apakah yang telah mereka ringkaskan? Adakah ia memiliki maklumat penting di sebaliknya sehingga ingin disembunyikan oleh pihak ASSSDK? Atau adakah ia maklumat yang tidak penting untuk dikaji oleh para pembaca? Bagi mengetahui jawapannya, marilah kita mengkaji keseluruhan kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar:
وفيه دليل على جواز الجهر بالذكر عقب الصلاة. قال الطبري:
فيه الإبانة عن صحة ما كان يفعله بعض الأمراء من التكبير عقب الصلاة.
Dan di dalamnya terkandung dalil dibolehkan menguatkan suara saat membaca zikir ketika selesai solat. al-Thabari berkata: “Ini merupakan penjelasan membenarkan apa yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin, iaitu mengucapkan takbir selepas solat.”
وتعقبه ابن بطال بأنه لم يقف على ذلك عن أحد من السلف إلا ما حكاه ابن حبيب
في "الواضحة" أنهم كانوا يستحبون التكبير في العساكر عقب الصبح والعشاء تكبيرا عاليا ثلاثا,
قال: وهو قديم من شأن الناس.
Akan tetapi hal ini ditanggapi oleh Ibn Baththal bahawa dia tidak menemui perbuatan sedemikian daripada seorang jua salaf kecuali apa yang dihikayatkan oleh Ibn Habib dalam (kitab) al-Wadhihah, bahawasanya mereka menyukai takbir di dalam khemah-khemah setelah solat Subuh dan Isyak dengan takbir yang keras sebanyak tiga kali. Lalu beliau (Ibn Habib) berkata: “Ia telah dilakukan oleh orang-orang sejak dahulu”. قال ابن بطال: وفي "الْعُتْبِيَّة" عن مالك أن ذلك محدث.
Ibnu Baththal melanjutkan: “Dalam (kitab) al-‘Utbiyah daripada Malik (bin Anas) bahawa perbuatan tersebut (bertakbir dengan suara yang kuat di dalam khemah setelah solat Subuh dan Isyak) termasuk perkara yang baru diada-adakan.”
قال: وفي السياق إشْعار بأن الصحابة لم يكونوا يرفعون أصواتهم بالذكر في الوقت الذي قال فيه ابن عباس ما قال.
قلت: في التقييد بالصحابة نظر, بل لم يكن حينئذ من الصحابة إلا القليل.
Kemudian beliau berkata: “Dalam konteks hadis terdapat keterangan bahawa para sahabat tidak meninggikan suaranya ketika membaca zikir saat Ibnu Abbas mengucapkan perkataannya di atas.” Saya (Ibnu Hajar) berkata, pembatasan beliau pada sahabat perlu diperhatikan. Sebenarnya pada saat itu tidak ada sahabat (yang hidup) kecuali sedikit.
وقال النووي: حمل الشافعي هذا الحديث على أنهم جهروا به وقتا يسيرا لأجل تعليم صفة الذكر,
لا أنهم داوموا على الجهر به, والمختار أن الإمام والمأموم يخفيان الذكر إلا إن احتيج إلى التعليم.
al-Nawawi berkata: “al-Syafi’e mengambil kefahaman atas hadis ini bahawa mereka menguatkan suara hanya untuk tempoh waktu yang singkat untuk mengajarkan sifat zikir, bukan bererti mereka terus menerus menguatkan bacaan zikir. Dan pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama menyembunyikan bacaan zikir kecuali apabila berhajat untuk mengajar.”[1]
Beberapa poin penting daripada kata-kata sepenuhnya al-Hafiz Ibn Hajar:
Berdasarkan tujuh poin di atas, berani saya katakan bahawa pihak ASSSDK sebenarnya ingin menyembunyikan maklumat penting daripada kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar. Maklumat itu adalah, berzikir secara kuat bukanlah satu kebiasaan di kalangan generasi al-Salaf al-Shalih. Terdapat beberapa pemimpin dan kelompok orang yang suka berzikir secara kuat selepas solat, namun kesukaan mereka tenggelam di dalam kebiasaan generasi al-Salaf al-Shalih yang berzikir secara perlahan. Terlalu biasa sehingga Ibn ‘Abbas mengeluarkan kenyataan bahawa dibolehkan zikir secara kuat jika ada keperluan syar’e di sebaliknya. Maklumat itu sangat bertentangan dengan manhaj pihak ASSSDK yang ingin membenarkan amalan berzikir secara kuat selepas solat fardhu yang telah “diamalkan berpuluh-puluh tahun, bahkan telah menjangkau kurun” [ASSSDK 7]. Oleh kerana itulah mereka meringkaskan nukilan kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar agar dapat menyembunyikan apa yang menyelisihi kebiasaan mereka.
[1] Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq: ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut, 2000), jld. 2, ms. 592-593. Rujukan ini seterusnya disebut sebagai Fath al-Bari sahaja.
|
||