|
# 15: Di Sebalik Perbezaan Pendapat Cara Berzikir.
ASSSDK 18:
Kita mesti mengambil sikap saling
hormat menghormati di antara satu sama lain kerana sebagaimana yang
telah kami nyatakan sebelum ini bahawa perbezaan pendapat dalam
perkara ibadah diharuskan di dalam Islam kerana itu kita
mempunyai mazhab.
Kritikan:
Demikian kesimpulan pihak ASSSDK di akhir bab pertama buku mereka.
Persoalannya di sini, adakah sikap saling hormat menghormati dalam
perbezaan pendapat dilakukan dengan cara:
-
Menyembunyikan kata-kata para ulama’ dengan cara menukil
sebahagian-sebahagian daripada kitab mereka. Ini berlaku
berulangkali.
-
Cuba menarik kata-kata ulama’ ke arah membenarkan amalan zikir
secara kuat terus menerus selepas solat fardhu, padahal yang
dimaksudkan oleh para ulama’ itu adalah berbeza.
-
Memuji-muji seorang tokoh namun menyembunyikan pendapat sebenar
tokoh itu.
-
Kesilapan dalam menterjemah dalam bahasa Arab ke bahasa Malaysia.
Ini berlaku berulangkali kepada orang yang telah belajar bahasa Arab
sejak kecil.
Menukil kata-kata ulama’ di luar konteks perbicaraan.
-
Menokok tambah di dalam teks terjemahan apa yang tidak wujud dalam
teks Arab.
Jawapannya, tentu saja tidak.
|