Assalamualaikum,
Maaflah
yea..boleh explainkan pada saya dengan bahasa yang paling mudah saya
tak berapa faham..bagaimana ya? Setahu saya soal patuh tanpa soal
(ta'abuddi) hanya meliputi perkara seperti Israk Mikraj
Jawapan THTL:
Firman Allah swt (maksud),
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu bertanyakan hal-hal yg tidak diterangkan kepada kamu, niscaya akan menyusahkan kamu." (al-Maaidah:101)
"Dan mereka bertanya kamu tentang ruh, katakanlah," Ruh itu termasuk urusan Tuhanku." (al-Isra':85)
"Mereka bertanyamu tentang Kiamat, "bilakah berlakunya?"Siapakah kamu yg dapat menyebut (tarikhnya)?" Kepada Tuhan-mulah dikembalikan kesudahannya." (An-Naazi'at: 42)
Asas
dalam agama Islam ialah: ada perkara yang mampu diujikaji atau yang
boleh kita rasionalkan dan ada perkara yang ghaibiyat (hidden things)
yang kita perlu beriman dan tidak banyak mempersoalkannya misalnya
persoalan ruh, alam Malaikat, jinn, dsbnya.
Golongan
rasionalis tulin (atheis/sekuler/komunis/golongan yang menjadikan sains
sebagai agamanya) hanya akan percaya sesuatu jika dapat dibuktikan dgn
akal dari segi logiknya. Golongan ini akan sentiasa meminta rasional
dalam semua perkara: misalnya kenapa kita menghala ke Ka'bah ketika
solat, kenapa solat 5 kali dalam 24 jam, kenapa umat Islam berpuasa,
kenapa kita tidak makan khinzir, kenapa kita menjauhi anjing (sedangkan
anjing adalah man's best friend), kenapa kita tidak gambling, minum
arak..dsbnya
Maka
kita berwaspada dengan golongan ini kerana Islam adalah gabungan unsur
ghaib dan nyata. Apa yang kita kena percaya, maka kita percaya sahaja,
jika ia bersangkutan dgn realiti, maka kita boleh kaji dan cari
rasionalnya.
Mengenai
larangan anjing dan babi ia bukanlah perkara ghaibiat (ghaib) kerana
babi dan anjing itu wujud secara real dan kita boleh mengkajinya jika
kita mahu (tidak salah berbuat demikian).
Allah menegah babi dengan ayat-ayat berikut dan menjelaskan sebabnya (terjemahnnya):
"...kecuali bangkai, darah mengalir atau daging babi kerana barang-barang itu rijs (keji dan najis) atau terlarang ." (al-An'am: 145).
Juga dlm ayat,
"Dan menghalalkan atas mereka segala yg baik-baik serta mengharamkan yg buruk." (al-A'raf: 157)
Huraian:
Rasional dari Allah sendiri babi itu rijs (jijik/kotor/jelik/najis). Umat Arab tidak pernah melihat babi kerana babi bukan binatang padang pasir, lalu para sahabat tidak pernah bertanyakan apakah sebab sebenar babi diharamkan.
Namun kajian-kajian telah dilakukan dan membuktikan apa jua yang Allah dan Nabi saw haramkan kepada manusia memang ia buruk atau najis atau membawa mudharat kepada manusia. Samada manusia nak percaya tanpa soal atau nak buat kajian silakanlah...tapi setiap yg haram memang membawa mudharat kepada manusia.
Umat
Islam dilatih dan diasuh supaya berbedza dgn Bani Israil yang sentiasa
bertanya, meminta rasional, mempersoalkan Tuhan dan Nabi mereka.
Perbedzaan itu ialah kita sentiasa bersangka
baik dgn Tuhan dan bila Tuhan mengharam atau menegah manusia,
semestinya ia ada kebaikan tanpa menunggu Allah SWT mendatangkan
rasionalnya.
Apabila Allah SWT menyuruh dilaksanakan Hudud misalnya, jika ada umat Islam yang meminta rasional atau menyatakan alasan sekarang seluruh dunia pakai undang-undang civil, maka undang-undang Tuhan tak releven lagi, maka itu bukan mentaliti umat Islam sebenar.
Maka jika ada yg menyatakan kita sudah menemui teknologi terkini untuk membunuh segala kuman dalam babi, maka ia selamat dimakan...kita tetap menolak rasional dan keingkaran itu kerana ia bukan tabi'at umat Islam sebenar.
Rumusan:
Watak pemeluk Islam sebenar ialah ia menjadi hamba Allah, patuh kepada titah perintah-Nya melalui kalam Tuhan Al-Qur'an dan perantarannya Muhammad saw (as-Sunnah).
Apa jua titah perintah Tuhan dan Nabi-Nya dipatuhi tanpa soal jika ia melibatkan urusan alam ghaib seperti rukun-rukun Iman atau hukum-hakam yg putus. Umat Islam boleh bertanya untuk penjelasan atau metod melakukan dengan betul, umat islam juga boleh bertanya dan mengkaji dan mempersoalkan hukum-hakam yg tidak disebut dalam Al-Qur'an dan asSunnah untuk mendapat penjelasan dan rasional.
(Imam Ibn Taymiyah, al-Qias fi syari'at Islamiah)