HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

THI 2019: Allah Bersemayam Atas Arasy

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 22 July 2019
Hits: 1381

Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ

مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ

ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ

فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.

Kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya.

Itulah Allah, Tuhan kamu;

Maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingati-Nya?

(Yunus 10:03)

--------

Allah semayam atas Arasy dan mentadbir segala urusan dari sana bukanlah rekaan golongan Wahabi mahupun Salafi, tetapi ia adalah kenyataan Allah sendiri.

Bahkan dengan sifat sedemikianlah Allah mahu diri-Nya dikenali dan diimani, sebagaimana firman-Nya,

"Itulah Allah, Tuhan kamu".

Allah tidak memerlukan Arasy mahupun terbatas kepadanya.

Kita juga tidak berkata Allah memerlukan Arasy dan terbatas kepadanya.

Namun memandangkan Allah menyatakan diri-Nya bersemayam atas Arasy, maka kita pun beriman kepadanya dan menetapkannya.

THI 2019: Waktu Membaca Al-Qur'an

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 15 July 2019
Hits: 1225

Dianjurkan membaca al-Qur'an pada bila-bila masa, kerana Q & S menganjurkannya.

Dianjurkan berdoa pada bila-bila masa, kerana Q
& S menganjurkannya.

Akan tetapi....

Mengkhususkan malam Nisfu Sya'ban untuk membaca surah Yasin 3 kali dengan doa tertentu di akhir setiap bacaan, maka tiada anjuran daripada Q & S.

Malah terdapat tegahan daripada Q & S, iaitu tegahan daripada berbuat bid'ah.

Mengkhususkan satu cara ibadah dan/atau pada satu masa tertentu adalah bid'ah.

Ayuh kita beribadah berdasarkan ilmu, agar ibadah itu menjana pahala dan mendekatkan kita kepada syurga serta reda-Nya.

Jauhilah ibadah berdasarkan ikut-ikutan, agar kita tidak melakukan yang sia-sia, yang mendekatkan kita kepada kesesatan serta neraka.

Q & S = al-Qur'an dan al-Sunnah.

THI 2019: Pemberat Timbangan Hari Kiamat

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 08 July 2019
Hits: 1640

Tazkirah hari ini, Rasulullah s.a.w. bersabda,

مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِي مِيزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ،

وَإِنَّ اللَّهَ لَيُبْغِضُ الفَاحِشَ البَذِيءَ.

Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada Hari Kiamat kelak melainkan akhlak yang baik.

Dan sesungguhnya Allah membenci (lisan) yang kotor lagi lucah (obscene).

[Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1925/2002. Berkata Imam al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih. Juga dinilai sahih oleh al-Albani]

 

Dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa amalan yang paling memberatkan timbangan (mizan) pada Hari Kimat kelak adalah akhlak yang baik.

Termasuk dalam akhlak yang baik adalah perkataan yang baik dan sopan. Sesuatu yang secara jelas menyelisihi serta menjauhi akhlak yang baik adalah perkataan yang kotor dan lucah. Oleh kerana itulah Rasulullah menyebut tentangnya sebaik sahaja menerangkan tentang akhlak yang baik. Bahkan perkataan yang kotor dan lucah itu merupakan sesuatu yang dibenci oleh Allah.

Pada masa kini, sesuatu yang kotor dan lucah boleh juga merupakan simbol-simbol yang dibuat dengan jari tangan dan gambar-gambar. Moga kita semua berusaha memberatkan timbangan amal di Hari Kiamat kelak dan menjauhi apa yang sebaliknya.

Ruangan Baru - Mengulas Kenyataan

  • Print
  • Email
Details
Written by Pengendali Laman
Category: Pengumuman lain
Published: 07 July 2019
Hits: 1737

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Buat pengetahuan semua, bermula Julai 2019, satu ruangan baru, iaitu 'Mengulas Kenyataan', telah di tambah dalam laman ini bagi menjawab atau mengulas kenyataan-kenyataan yang salah di media massa atau rangkaian sosial. Ruangan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu ulasan khas kepada kenyataan Asiah Abdul Jalil dan ulasan kepada penulis-penulis lain.

Di harapkan para pembaca budiman dapat melayari menu utama untuk membaca jawab balas yang diberikan. Diingatkan bahawa ruangan ini memuatkan penulisan kepada kenyataan berbangkit yang dirasakan perlu untuk dijawab balas, maka diharap para pembaca sekalian dapat sentiasa kembali ke ruangan ini bagi membaca perbincangan mutakhir yang dilampirkan.

Semoga mendapat manfaat daripada laman ini.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

  1. THI 2019: "Wahai orang kafir!"
  2. THI 2019: "Wahai orang-orang yang beriman...."
  3. THI 2019: Perihal Imsak
  4. THI 2019: Membid'ah Khilafiyah
  5. THI 2019: Bukanlah Perceraian Itu Sesuatu Yang buruk

Page 23 of 67

  • 18
  • 19
  • ...
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • ...
  • 26
  • 27
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11631646

Back to Top

© 2026 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan